Isnin, 25 Jun 2007

Makan angin di lumut.

Pada hari sabtu saya pergi ke Lumut. Saya ikut mak dan walid.

Kami bangun awal. Sebab pagi-pagi kena hantar Kak Yin pergi Kelinik UPSR di Ipoh.

Kelinik mula pukul 8.30 pagi. Kami sarapan kedai mamak. Lima keping roti canai yang pertama habis kami sapu. Walid makan kuah taruh atas...banjir.


Lepas hantar Yin kami pergi ke Seri Iskandar. Ke Sekolah Teknik Seri Iskandar Bota. Saya ingat mak nak jaga budak periksa. Rupa-rupanya mak yang ambil periksa. Orang dewasa pun periksa. Mak kata periksa PTK. Huu....... sampai tua pun periksa!

Sementara mak periksa dari pukul 9 pagi sampai pukul 11.30 walid baca buku.

Saya cuba tangkap gambar. Macam-macam gambar saya ambil. Seronoknya.











Lepas mak periksa kami makan tengahari di C T Tomyam. Makan nasi ayam. Saya sedap. Walid kata tak sedap sebab nasi keras. Maklumlah walid orang tua tak ada gigi. ...hahaha.


Pukul 1.50 kami pergi ke Lumut. Mak kata nak beli ikan bilis. Di Lumut baik punya ikan bilis.

Sebelum beli ikan bilis kami jalan-jalan di tepi pantai dekat pengkalan Tentera Laut.

Di situ saya nampak ada rumah buruk. Ditinggalkan macam tu saja. Sayangnya! Walid kata kalau orang bagi kat kita pun bagus. Dapat duduk tepi laut. Dapat angin laut. Seronoknya. Tapi apakan daya. Bodoh betul orang tu.

Kemudian kami pergi beli ikan bilis, sate ikan, ikan pari kering dan banyak lagi. Sakan mak belanja.





Lepas tu kami balik.


Di tengah jalan, saya ternampak rumah kedai terbakar. Sayangnya, pasang bendera pun terbakar. Walid kata tempat tu nama Air Tawar.

Sampai di Ipoh kami ambil Yin di INTIM tempat dia kursus.

Lepas tu kami tinggalkan walid di Ipoh. Walid kata dia ada mesyuarat.

Kami balik dan singgah di Kuala Kangsar. Makan di KFC.

Lupa nak cerita, Amalina anak Cikgu Majid pun ada sama. Dia tumpang pergi kursus UPSR sama dengan Yin.

Sampai rumah dah masuk waktu Isyak.

Sekian.

Inilah post pertama saya. Walid banyak tolong ajar dan bantu.Terima kasih walid.

0 comments: