Ahad, 8 Julai 2007

ADIL MASUK IPOH SPECIALIST HOSPITAL.

Pada malam sabtu pukul 2 pagi saya berasa sangat sejuk. Masa itu saya demam panas. Walid dan mak bawa saya ke hospital Ipoh Specialist. Cher memandu Pahcu pun ikut sama.



Saya dibawa terus ke Accident & Emergency.


Suhu badan saya didapati 38.7C. Doktor yang bertugas telefon Dr David. Dr David suruh masuk wad. Saya di masukkan ke wad kanak-kanak di tingkat 3. Nombor wad 301. Nombor katil saya 5.



Saya dipasang gelang pengenalan. No Pesakit MRN 219699.

Saya dirawat oleh Dr David Manikam. Dr David adalah doktor saya sejak saya lahir. Sejak kecil saya sudah 4 kali masuk wad. Setiap kali saya dijaga oleh Dr David. Saya suka Dr David. Dia baik. Apabila besar saya juga nak jadi doktor.


Mak tunggu saya di hospital.


Walid datang melawat dan tengok saya makan ubat.


Pahcu dan Cher pun datang melawat.


Saya suka makan di hospital. Tengoklah ni Oyster sauce chicken!



Huu. Sedapnya. Walaupun begitu suhu badan saya sebelah pagi 39.5 C. Saya dibuat ujian darah dan air kencing. Makna saya kena duduk sampai dua tiga hari. Tak apa sebab makan sedap.


Gambar dimasukkan oleh walid sewaktu saya di hospital. Saya tulis selepas saya keluar.

0 comments: