Isnin, 9 Julai 2007

HEY, ADIL SUDAH KELUAR HOSPITAL; BEBAS & SIHAT!

Pagi ini Dr David kata saya boleh keluar. Suhu sudah turun. Saya pun tak penat lagi. Dr David keluarkan Discharge Chit.


Nurse bagi bill bernilai RM784.54.



Pada waktu masuk walid sudah bayar RM 200.00. Jadi hari ini walid bayar RM 584.54 sahaja.


Yang seronoknya saya dapat cuti. Cuti sampai hari Rabu 11 Julai. Hari Rabu saya kena datang lagi ke hospital. Dr David nak pastikan saya benar-benar dah baik.


Seronoknya dapat balik rumah. Tapi yang sedihnya apabila sampai rumah......aduh garaj kereta mak runtuh dilanda ribut.


0 comments: