Selasa, 3 Julai 2007

Main bola sepak .

Hari ini saya bermain bola sepak sewaktu pelajaran PJ. Kelas saya dibahagi jadi dua pasukan. Ahli pasukan saya Sahrin, Saiful, Izzat, Naqib, Amin, Munir, dan lain-lain. Kumpulan saya menang. 3-1. Saya bermain sebagai penjaga gawang. Banyak kali saya tangkap bola. Tetapi satu tendangan musuh dapat juga masuk. Semasa sedang bermain, bola yang datang laju ditendang oleh Nazrul Hanif terkena perut saya. Sakit betul. Saya telefon balik ke rumah. Minta walid ambil saya. Tapi walid suruh jumpa Cikgu. Saya jumpa Cikgu Husaini. Dia bagi ubat. Saya pun baik. Saya tak jadi balik.

Saya suka main bola. Saya suka pasukan Manchester United.

0 comments: