Jumaat, 31 Ogos 2007

ADIL MENANG PAKAIAN BERGAYA SEMPENA MERDEKA 50!


Semalam, 30 hb Ogos 2007, sekolah saya SK Raban mengadakan Sambutan Hari Ulangtahun Merdeka Ke 50. Ada macam-macam program. Ada perhimpunan pagi. Kami menyanyi lagu Negara Ku, Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Malaysia Gemilang. Ada banyak pertandingan termasuk pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan pakaaian cantik. Saya masuk pertandingan pakaian cantik . Banyak orang yang masuk pertandingan itu. Tapi pakaian saya yang paling cantik. Sayalah paling bergaya. Saya pakai sepasang baju Melayu warna biru Dan kasut baru (Kasut ketat luka tumit saya). Saya telah menang pertandingan pakaian cantik. Dan saya dapat hadiah pinggan putih berbunga merah. Seronok sungguh.

Oh lupa, saya pakai samping rasmi Malay College Kuala Kangsar. Samping itu kepunyaan bapa saya. Bapa saya sekolah di situ dulu. Saya pun bercita-cita nak masuk MCKK pada tahun 2012.


Khamis, 23 Ogos 2007

APPENDECTOMIMI (he..he..he..bedah buang appendix Kak Mimi!)

Pada 16 Ogos, Mak, Walid dan saya pergi ke Johor Bahru. Kami diberitahu oleh Sekolah STF kakak Mimi masuk hospital dan akan bedah perut kerana sakit Appendix. Lihat blog Kak Qisti mengenai appendix. Walid kata nama pembedahan tu appendectomi. Kerana Mimi yang kena saya kata appendectomimi kah..kah.

Dalam perjalanan singgah di Pagoh. Johor lah tu.


Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tempat Mimi kena potong appendix.

Kami sampai bukan waktu melawat. Mak seorang masuk wad. Saya dengan Walid tunggu di bawah. Saya baca surat kabar.


Mimi dimasukkan ke Wad Pembedahan Perempuan Timur 2.

Katil No 19. Hemm angka kegemaran Walid.

812670 no pesakit Mimi. ( Woi jam pun dah nak putus tali! Bukan appendix je putus).


Mak dan saya melayan mimi yang dok merenget tu. Sakit sungguh kata dia. Dia memang manja sikit.


Walid pun ada di sebelah.


Malam, waktu Mak tunggu Mimi di Hospital, saya dan Walid tinggal di Hotel Sri Malaysia.


Bilik 223.

Saya apa lagi, kerja tengok TV je lah!

Dan tidur.

Besoknya Jumaat 17 hb, Mimi dah boleh makan. Tak muntah lagi. Walid kata dah kentut la tu.
Bila dah boleh makan, Doktor kata dah boleh keluar hospital. Pada sebelah petang Pukul 4:00 Mimi keluar.

Lepas keluar kami terus ke sekolah Mimi. Sekolah Tun Fatimah. Mimi jumpa kawan-kawan dia. Di sekolah kawan-kawan Mimi panggil dia Mina. Nama dia sebenarnya Silmina Zaini.
Mimi ambil barang dia, Mak tolong sebab dia masih tak kuat dan takut pecah parut pembedahan dia.

Besok nya hari Sabtu kami balik. Ni Mimi tengah makan dalam kereta. Dia tak keluar kat R&R, malu sebab pakai kain batik. Belum boleh pakai seluar.

He.. ni saya lah. Boss duduk dalam kereta dalam perjalanan balik.

Ahad, 12 Ogos 2007

ADIL GUNTING RAMBUT

Semalam saya pergi gunting rambut . Rambut saya sudah terlalu panjang. Cikgu dah suruh gunting. Saya biasa bergunting di salun gunting, dekat Malay College (bakal sekolah saya tu!), di Kuala kangsar.

Bila sampai, lebih kurang jam 7.00 malam tengok kedai tu masih buka.


Inilah penggunting rambut saya. Dialah yang selalu gunting rambut saya. Saya tak suka banyak orang pegang kepala saya. Sebab itu tiap kali gunting saya pergi kepada dia.



Saya suruh dia pakai gunting mata nombor tiga. He, he, he.


Mak tunggu saya bergunting. Sambil itu mak baca majalah.


Saya suka dia gunting sebab dia kerja cepat. Harga pun tak berapa mahal RM 4.00 sahaja.



Ha dah siap pun hansome tak. Aku rasa handsomlah.......he, he,he.