Jumaat, 31 Ogos 2007

ADIL MENANG PAKAIAN BERGAYA SEMPENA MERDEKA 50!


Semalam, 30 hb Ogos 2007, sekolah saya SK Raban mengadakan Sambutan Hari Ulangtahun Merdeka Ke 50. Ada macam-macam program. Ada perhimpunan pagi. Kami menyanyi lagu Negara Ku, Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Malaysia Gemilang. Ada banyak pertandingan termasuk pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan pakaaian cantik. Saya masuk pertandingan pakaian cantik . Banyak orang yang masuk pertandingan itu. Tapi pakaian saya yang paling cantik. Sayalah paling bergaya. Saya pakai sepasang baju Melayu warna biru Dan kasut baru (Kasut ketat luka tumit saya). Saya telah menang pertandingan pakaian cantik. Dan saya dapat hadiah pinggan putih berbunga merah. Seronok sungguh.

Oh lupa, saya pakai samping rasmi Malay College Kuala Kangsar. Samping itu kepunyaan bapa saya. Bapa saya sekolah di situ dulu. Saya pun bercita-cita nak masuk MCKK pada tahun 2012.


1 comments:

iyeen^melati berkata...

tahniah sebab menang pertandingan pakaian cantik.lain kali beli kasut saiz yang besar sikit la. ha!! satu lagi cantik pinggan plastik you tu.