Sabtu, 15 September 2007

ADIL DEMAM LAGI! (Alahan Kucing)

Hari Selasa 11 hb September sewaktu di sekolah, selepas PJ, adil pening dan demam.

Cikgu Hayati hantar Adil balik rumah.

Sebelah petang pukul 5.00 Mak bawa Adil ke Specialist Center Ipoh. Walid bawa kereta ke Ipoh servis aircon. Kami naik kereta Cikgu Rahimah. Mak bawa, Cikgu Rahimah pun ikut sama.

Di bahagian A&A dipanggil Dr Adeline, Dr David cuti. Suhu Adil tinggi. 37.9 darjah. Dr Adeline bagi ubat demam. Dia bagi panadol dan juga ubat demam yang boleh dimasukkan melalui dubur. Dia suruh balik rihat, jika demam lagi malam itu sampai esok datang balik ke hospital.

Malam itu demam lagi kuat. Pagi Esok hari Rabu pergi lagi. Doktor kata radang tonsil. Walid kata, "tonsilitis". Doktor bagi antibiotik. Namanya Augmentin.

Doktor bagi cuti 2 hari. Huu cuti lagi. Best juga.


Walid kata radang tonsil, ataupun hidung, mulut, rahang dan saluran pernafasan disebabkan alahan. Terutamanya alahan kepada kucing. Walid anti kucing. Dia marah kami suka main kucing. Saya ada seekor kucing. Namanya Jamali. Hari-hari saya dan Yin main dengan Jamali. Mungkin kerana itulah saya selalu demam. Alahan kucing!


Walid ambil satu petikan dari surat kabar dan tunjuk kepada kami. Dari New Sunday Times, 26 Ogos, mukasurat 41.

Dalam rencana bertajuk "Purring Your Breath Away", walid kata ada dinyatakan 15% manusia alah kepada kucing, Mereka mempunyai tindakbalas sensitif kepada sejenis protin yang dikeluarkan kucing melalui kulitnya.

Kata Walid, " Bahan allergen dari kucing adalah protin yang apabila tersentuh dengan kulit kita ataupun tersedut sewaktu bernafas akan menyebabkan reaksi alahan. Ini meransang badan kita untuk mengeluarkan histamine. Histamine akan menyebabkan berlakunya bengkak dan kesakitan kepada ruang pernafasan atas. Akibatnya kita akan demam dan juga menunjukkan gejala asthma."

Allergen kucing biasanya terdapat pada zarah-zarah kecil yang terapung diudara apabila terusik. Kemudiannya mudah tersedut melalui pernafasan kita.


Apabila mendengar penerangan Walid ini, rasa takut juga. Tapi saya juga sayang kucing saya, Jamali. Walid marah. Saya kena fikir baik-baik untuk kepentingan kesihatan saya.

Terima Kasih pada Walid bantu tulis post ini. Walid masukkan gambar dan betulkan ayat-ayat saya.

Top 10 ways to decrease your allergies to cats. Check here.

Demam Alergi. Baca disini.


1 comments:

iyeen^melati berkata...

betul tu!!!! tapi kucing tu memang comel!