Khamis, 18 Oktober 2007

PERGI IPOH BAIKI KERETA BALIK JALAN KAKI (Naik Bas Le!)


Selepas balik kampung pada Hari raya kedua, (Kampung Mak di Sungai Besar, Selangor ), kereta ada semacam bunyi pelik kat bawah perut. Walid kata mungkin ball bering ke, bush (macam presiden amareka) ke atau absober ke. Apalah saya pun tak berapa tahu.


Lepas tu kami pergi ke Chin Car Center, Ipoh. Walid selalu servis kereta kat sini. Mereka ejen servis KIA.

Lepas tu mereka angkat kereta kami untuk kenal pasti apa masalah.


Mereka kata tiga jam baru boleh siap, masa tunggu saya tertidur. Sementara itu Kakna, Qisti dan Mimi pergi Kinta City.
Selepas terjaga dari tidur Walid kata, kereta tak boleh siap sebab kena tukar absober dan apakebenda lain. Kami pun naik teksi ke kinta City, makan-makan dan belibelah halwamata (window shopping, walid kata).

Kami kena lah balik naik bas. Seronok pulak sekalisekala naik bas. Mula-mula naik bas Reliance, Ipoh ke Kuala Kangsar.

Masa tunggu bas di stesen Ipoh saya baca buku cerita. Qisti pun baca juga.


Ini dia tiket bas kami. 5 dewasa, 1 kanak-kanak.



Sesampai di stesen bas Kuala-Kangsar, hari dah lewat senja. Bas Red & Yellow ke Lenggong pukul 9.30 baru bertolak. Kami rasa lapar. Mujur saya ternampak gerai laksa. Kami pun makan. Laksa kuale! Kami semua minum air cendol, kecuali mimi; dia minum ABC bandung. Tengok, mangkuk kami putih, gelas dia merah jambu!

Oh, sedapnya. Laksa dan cendol Kuale. ( Ke sedap sebab perut lapar).

Lupa pulak nak cerita nama gerai ni. Namanya 'Laksa Halim'.


Sedap betul kakna makan laksa. Kakna memang hantu laksa, pantang jumpa laksa!

Jam 9.30 kami naik bas Lenggong. Sampai rumah jam 10.05. Saya bergambar dengan kak mimi atas bas R&Y.


Itulah cerita, pergi Ipoh naik kereta. Balik naik bas!

BUKU YANG ADIL BACA 5: DEWANGGA SAKTI.

DEWANGGA SAKTI

Oleh

Serunai Faqir



Hati gundah tidak terkata,
Ibu tercinta terlantar derita,
cempaka biru penawar ibunya,
Dewangga sakti tempat letaknya,

Jaka Suria penjejak penawar,
Cemeti Naga senjata setia,
sekali libar musuh terketar,
memohon ampun beria-ria.
Saya suka buku ini sebab buku ini menceritakan seorang pemuda bernama Jaka Suria yang mencari penawar untuk ibunya yang sedang sakit.

Dia terpaksa menghadapi berbagai cabaran dan dugaan tetapi akhirnya dia berjaya walaupun ibunya meninggal.

ADIL BELI TALI PINGGANG

Tengok brother cantik tak aku. Adil ada tali pinggang baru. Beli di "The Belt Shop" Kinta City Ipoh.


Tali pinggang hitam memang cantik. Walid kata beli tali pinggang warna putih, tapi saya tak nak, sebab tali pinggang warna hitam lagi cantik.


Saya gembira dapat tali pinggang ni. Mula-mula saya tak pandai pakai kancing dia. Lepas tu walid ajar macam mana cara pakai. Dia lain dari talipinggang saya yang dulu. Oops.... aku pakai tersenget sikit! Tak perasan.



Tak apa lah, bergaya gak! Ni dari sosok belakang.

Sebenarnya aku minat salah satu dari tali pinggang di bawah nih. Tapi walid kata, nanti dulu masih belum sesuai!


Jadi terpaksa lah pilih salah satu yang di bawah nih. Tapi takpe, ni pun kira cantik gak!


Sabtu, 13 Oktober 2007

MOHON SELAMAT DI HARI RAYA. (Jangan jadi macam ni....!)

Khamis, 11 Oktober 2007

MAK KURSUS DI CAMERON HIGHLANDS; ADIL TUMPANG MELANCONG, ....... ( Ehm...kira tuang sekolah lah tu..!)

Pada 8 dan 9 Okt, Mak kena Kursus di Cameron Highlads. Mak ajak Walid temankan. Adil pun ikut sama.

Untuk mengikuti pengalaman Adil, kliklah tajuk-tajuk berikut:

CAMERON HIGHLANDS 1: Mendaki hingga Kg Raja.

CAMERON HIGHLANDS 2: Tiba di Brinchang....

CAMERON HIGHLANDS 3: Menginap di Kamar 209....

CAMERON HIGHLANDS 4: Pemandangan dari Kamar...

CAMERON HIGHLANDS 5: Berbuka Puasa Di....

CAMERON HIGHLANDS 6: Menyaksikan Perarakan Jenazah...

CAMERON HIGHLANDS 7: Bharat Tea...

CAMERON HIGHLANDS 8: Ye Olde Smokehouse...

CAMERON HIGHLANDS 9: Belibelah di Kea Farm...

CAMERON HIGHLANDS 10: Perjalanan Balik....

Peta:

CAMERON HIGHLANDS 10: Balik Melalui Kg Raja, Keramat Pulai, Simpang Pulai dan Tol Ipoh Selatan.


Kuil


kuil



lagi kuil



ada masjid......100 meter


ikut kiri jalan balik......kanan ke Kelantan, kampung tok nenek.


turun


turun cepat....hari nak hujan!



Ada kampong saudara lama....(orang asli la tu..bukan tiruan!)



Sekolah JOA


Mak beli petai dari orang asli.



Sampai di Simpang Pulai, gunung habis diruntuhkan.


Dibuat batu marmar



Di kilang marmar.



Di perhentian Tol Ipoh Selatan



Cantik!



Kami sembahyang di surau.



Dulu kawasan bela babi, sekarang ni dah indah.


Dah sampai kampung....

CAMERON HIGHLANDS 9: Membelibelah Sayur-sayuran dan Buah-buahan di Kea Farm



























CAMERON HIGHLANDS 8: Melalui Tanah Rata dan Singgah di Ye Olde Smokehouse