Khamis, 18 Oktober 2007

PERGI IPOH BAIKI KERETA BALIK JALAN KAKI (Naik Bas Le!)


Selepas balik kampung pada Hari raya kedua, (Kampung Mak di Sungai Besar, Selangor ), kereta ada semacam bunyi pelik kat bawah perut. Walid kata mungkin ball bering ke, bush (macam presiden amareka) ke atau absober ke. Apalah saya pun tak berapa tahu.


Lepas tu kami pergi ke Chin Car Center, Ipoh. Walid selalu servis kereta kat sini. Mereka ejen servis KIA.

Lepas tu mereka angkat kereta kami untuk kenal pasti apa masalah.


Mereka kata tiga jam baru boleh siap, masa tunggu saya tertidur. Sementara itu Kakna, Qisti dan Mimi pergi Kinta City.
Selepas terjaga dari tidur Walid kata, kereta tak boleh siap sebab kena tukar absober dan apakebenda lain. Kami pun naik teksi ke kinta City, makan-makan dan belibelah halwamata (window shopping, walid kata).

Kami kena lah balik naik bas. Seronok pulak sekalisekala naik bas. Mula-mula naik bas Reliance, Ipoh ke Kuala Kangsar.

Masa tunggu bas di stesen Ipoh saya baca buku cerita. Qisti pun baca juga.


Ini dia tiket bas kami. 5 dewasa, 1 kanak-kanak.



Sesampai di stesen bas Kuala-Kangsar, hari dah lewat senja. Bas Red & Yellow ke Lenggong pukul 9.30 baru bertolak. Kami rasa lapar. Mujur saya ternampak gerai laksa. Kami pun makan. Laksa kuale! Kami semua minum air cendol, kecuali mimi; dia minum ABC bandung. Tengok, mangkuk kami putih, gelas dia merah jambu!

Oh, sedapnya. Laksa dan cendol Kuale. ( Ke sedap sebab perut lapar).

Lupa pulak nak cerita nama gerai ni. Namanya 'Laksa Halim'.


Sedap betul kakna makan laksa. Kakna memang hantu laksa, pantang jumpa laksa!

Jam 9.30 kami naik bas Lenggong. Sampai rumah jam 10.05. Saya bergambar dengan kak mimi atas bas R&Y.


Itulah cerita, pergi Ipoh naik kereta. Balik naik bas!

2 comments:

ana_sh0otz berkata...

ala kesiannye aDiL kna naek BUS!! haha.. x teringin ke nak naek BUS bLk sg.beSar?? (^_^)

foreman904 berkata...

selamat hari raya ya!