Ahad, 25 November 2007

KETUAT DAN ORANG POKOK. (Adil laserkan ketuat takut jadi macam orang pokok)

Dari wikipedia:

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki.

Sedar-sedar ada benda tumbuh pada pergelangan tangan aku. Aku takut. Ajak mak pergi klinik pakar kulit.

Klinik pakar Henry Foong di Ipoh. Doktor Kata kena buang sebelum berjangkit dan bertambah banyak atau besar. Buang dengan cara dibakar dengan Laser. Aku ingat tak sakit. Rupa-rupanya sakit....!

Kena balut satu hari. Lepas tu baru buka.


Itu bekas parutnya.

Kenapa aku sungguh-sungguh nak buang ketuat tu?


Baca cerita di bawah ni tentang "orang pokok".


Tengok apa dah jadi dengan tangan dia.


"Orang Pokok"

2 comments:

Unknown berkata...

aduh........
aduh..........

fiz berkata...

kena bayar brapa laser tu?