Rabu, 21 November 2007

HADIAH

HADIAH YANG SEKOLAH BAGI

Selepas menghadiri majlis hari anugerah saya membuka hadiah yang saya dapat. Rupa-rupanya satu set alatulis. Ingatkan dapat sekotak pensel warna.



Di bawah ni hadiah yang saya dapat dengan jelas. Satu set alatulis Faber-Castell. Ada pensel, pen, pemadam, pembaris, pengasah dan pensel warna. Bagus la jugak buka sekolah tahun depan tak payah beli baru.



Ini pula hadiah yang kakak saya dapat. Satu fail mengandungi set alatulis.





HADIAH YANG WALID BAGI

Di bawah ini dua buah buku yang Walid bagi.

Satu kerana dapat terbaik Bahasa Malaysia dan Matematik.



Satu lagi kerana dapat nombor dua.


HADIAH BUKU

Walid kata zaman dulu sekolah bagi hadiah buku kepada pelajar berjaya. Buku dapat memupuk minat membaca dan mencari ilmu. Buku juga tahan lama dan boleh jadi kenang-kenangan sampai tua. Sebab itu walid bagi saya buku.

Kemudian walid tunjuk dua dari berpuluh buku yang dia dapat sebagai hadiah.

Yang ini buku "100 Great Lives" hadiah kerana dapat Nombor Satu semasa Form One di Government English School Lenggong pada tahun 1963.




Yang ini pula buku "A History of Southeast Asia" kerana dapat Nombor Satu semasa Form Four di MCKK tahun 1966.





0 comments: