Ahad, 26 April 2009

Terlekat tulang.

Hari selasa lepas saya makan dekat kedai Sajian Budiman. Saya makan ayam dengan ikan. Baru makan separuh saya terlekat tulang di kerongkong. Lepas tu saya bagi tahu mak, mak pun bawa pergi klinik Lenggong.

Doktor tekan perut saya muntah tapi tulang tu tak keluar juga. Lepas tu mak ajak saya pergi hospital pakar di Ipoh. Mula mula pergi bahgian emergensi tapi dia suruh pergi klinik dekat tingkat dua. Pakar ENT, Telinga, hidung dan Kerongkong.




Dia tanya saya sakit dekat belah mana, saya cakap dekat belah kiri sakit. Doktor tu cek tengok memang ada tulang ikan. Doktor cakap dia nak ambil tulang ikan tu guna camera dan penyepit. Sebelumnya dia sembur dalam mulut saya ubat kebas. Lupa pulak nama doktor tu, iaitu Dr Yeoh Tham
long.



0 comments: