Jumaat, 29 Mei 2009

Akhbar

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Batu Maung, di sini bengkak di bahagian dahi dan kaki kirinya akibat dipukul tujuh pelajar senior di luar kawasan sekolah berkenaan tengah hari ini.



Pelajar itu, C.Katheventhiran, 14, yang belajar di SMK Batu Maung, sedang

menuju ke perkarangan sekolahnya selepas membeli makanan di luar kawasan sekolah itu apabila dipanggil sekumpulan pelajar senior dari sekolah yang sama.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas

di sini, bapanya, P.Chandran mendakwa sebaik anaknya mendekati kumpulan itu, mereka terus memukul dan memijaknya tanpa sebarang sebab.



Beliau berkata anak tunggalnya itu keluar sebentar dari kawasan sekolah

untuk membeli makanan selepas tamat persekolahan kira-kira 12.30 tengah hari sebelum kembali semula ke sekolah itu 15 minit kemudian untuk mengikuti kelas tambahan bahasa Tamil.



"Pada kebiasaannya, kelas itu akan berlangsung sehingga pukul 2.30 petang

dan sementara menunggu kelas tambahan bermula, anak saya pergi membeli makanan di luar kawasan sekolah. Masa hendak masuk ke kawasan sekolah, anak saya kata kumpulan itu panggil dia dan bila dia menghampiri mereka, dia terus dipukul dengan tangan dan dipijak," katanya. - Bernama

0 comments: