Rabu, 12 Ogos 2009

Balik Kampung.

Hari sabtu lapan haribulan lapan yang lepas saya,walid,mak dan Qisti balik ke kampung mak di Sungai Besar. Walid bawa Pakcik Razak untuk ganti memandu. Kami bertolak pada pukul tiga petang dan sampai pada pukul enam.

Masa sampai walid dan Pakcik Razak tidak terus masuk rumah Mak Tua sebab nak beli ubat mata. Apalah walid ni dah sampai rumah Mak Tua pun sakit mata.

Hidangan di rumah Mak Tua sedap; ada nasi minyak, nasi putih, sup daging dan tulang, daging masak hitam, ikan kembung masak kencur dan lain-lain. Jamuan diadakan dari petang hingga ke malam. Majlis tahlil diadakan selepas isyak.

Tujuan kami balik kampung sebab Mak Tua buat kekah untuk cucu-cucu barunya Alisya dan Abdullah.

Selepas tahlil, lebihkurang pukul sepuluh malam, kami bertolak balik. Dalam perjalanan balik kami semua tertidur. Hanya walid dan Pak Cik Razak yang tidak tidur, sebab Pak Cik Razak memandu kereta.

Dalam perjalanan, di kawasan Seberang Perak, Pak Cik Razak ternampak 'tahi bintang'.

Kami sampai ke rumah pada jam satu setengah malam.



..

0 comments: