Sabtu, 10 Oktober 2009

Jumpa kucing

Semalam kami menghantar kakna ke perhentian bas Medan Gopeng untuk pergi ke rumah kawan di Kuala Lumpur. Selepas itu kami terus balik kerumah. Walid kata nak singgah sekejap dekat restaurant tasik Raban.

Di sana ada tiga gerai, walid dan saya pilih gerai yang terakhir sekali sebab walid nak makan roti canai. Di gerai itu sahaja yang ada roti canai, mak dan Qisti pergi order dekat gerai sebelah sebab di gerai tu hanya ada roti canai.

Selepas order mak kembali semula ke gerai roti canai. Semasa walid nak bayar, Qisti terjumpa seekor kucing yang terbaring di atas tanah. Qisti meminta kepada walid untuk membela kucing itu. Saya menamakan kucing itu Ugo.

0 comments: