Ahad, 11 Oktober 2009

Cik Nab berkunjung Raya ke rumah kami.

Hari Sabtu semalam mak cakap adik mak dari Sungai Besar nak datang rumah. Kami panggil adik mak tu Cik Nab. Cik Nabdatang bersama Maksu Dillah dan anak Cik Nab abang Akim. Ikut bersama anak arwah Pak Itam, abang Ajib.

Sebelum mereka sampai, saya menolong mak mengemaskan bilik-bilik dan ruang tamu.

Mak su yang memandu kereta dari Sungai Besar sampai ke Lenggong. Mereka sampai di Lenggong pada pukul 9.30 malam. Sampai di simpang Lenggong, jalan lama di Batu dinding, mereka tersilap jalan. Sepatutnya mereka belok kiri ke utara menuju ke Lenggong mereka belok kanan arah selatan. Mereka tersasar sampai ke Kg Pisang Lubuk kawah. Nasib baik mereka jumpa anak murid Mak. Dia tolong tunjuk supaya balik ke arah Lenggong.

Cik Nab membawa mangga, lauk-pauk dan lain-lain lagi. Sedap makan. Walid sampai sakit perut. Malam itu saya mengurut Cik Nab dan Maksu. Selepas mengurut saya dapat sepuluh ringgit daripada Cik Nab.

Esoknya mak goreng kuetiaw hailam. Mak membawa mereka berjalan-jalan di kampung Beng dan kampung Kuak. Mereka beli pekasam di rumah Mior kawan saya.

Mereka pulang ke Sungai Besar pada pukul 7.30 petang.

0 comments: