Ahad, 26 Jun 2011

Program Didik

Semalam dan hari ini saya pergi menjalani program klinik upsr ataupun didik di belakang stadium Ipoh iaitu pusat aktiviti belia. Ia bermula pada pukul lapan pagi hingga pukul lima tiga puluh petang. Pada hari sabtu, mata pelajaran pertama yang saya pelajari di sana ialah Bahasa Melayu dan Mathematic. Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Faiz, manakala Mathematic pula diajar oleh Cikgu Hamzah.Selepas selesai Bahasa Melayu, kami semua diberi makan tengah hari. Makanan hanya diberi bihun goreng sahaja! Sepatutnya bagilah nasi, dah la bayar pun mahal tapi makanan tak sedap. Takkan nak bagi nasi pun mahal, apalah berita harian ni................

Tapi pada hari kedua, makanannya lebih sedap daripada hari pertama. Kami makan nasi ayam pada tengah hari. Saya bersyukur kerana mendapat ilmu pengetahuan yang banyak di klinik upsr itu. Taklah rugi bayar mahal.

0 comments: