Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2008

perang badar.



  • Sebelum pertempuran tersebut, Muslim dan Mekkan telah berjuangkan beberapa pertempuran kecil pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.

Adil petik dari wikipedia.

Sabtu, 20 September 2008

ramadhan

  1. Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
  1. Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

    surah Al-Baqarah, ayat 185

  2. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Adil petik dari Wikipedia

Selasa, 2 Oktober 2007

PASAR RAMADHAN STADIUM PERAK IPOH

Semalam 1 hb Oktober saya ikut Mak, Walid ke Ipoh. Sebelum balik kami singgah di Pasar Ramadhan Stadium Perak Ipoh.

Nampak ke tidak, tu stadium di belakang. Saya sokong pasukan Kejor yop Kejor, tapi tak pernah tengok mereka main dalam stadium. Walid kata nak bawa saya. Tak tau lah bila!


Itulah pasar Ramadhan. Banyaknye orang.

Melayu ada. Cina pun ada. Matsaleh je tak nampak.

Saya teman mak beli lauk. Lauk ayam pun ada. Mak belikan ayam pedas masak merah.


Kari telur pun ada. Tapi telur dah jemu dah.



Saya jumpa kedai mertabak mini. Orang ni tengah pikir, nak ayam ke, daging ke, sardin ke? Akhirnya tak jadi beli!

Saya pulak yang beli. Oh sedapnya.


Tu ha, martabak mini sedang digoreng; garing- garing baru sedap.


Mertabak ayam, daging dan sadin tersusun rapi. Cantik dan menggiurkan. Meleleh air liur sadang puasa nih.


Laksa Top Power. Mesti hebat punya. Makan ni cukup power untuk terawih. Orang cina dua orang ni pun beli walaupun mereka tak terawih!

Tembikai, tembikai, tembikai. Merah-merah. Kalau buat jus heh tentu sedap.


Tak boleh tunggu lama-lama. Kalau tidak macam-macam nak beli. Kami pun balik.