Hari ini , UNICEF- Tabung Kanak-Kanak Sedunia, mengisytiharkan sebagai Hari Membasuh Tangan Sedunia.
Walid kata:
“Membasuh Tangan dengan sabun hanya mengambil
masa 20 saat!
sahaja”
menulurusi cahaya pagi hidupku
Hari ini , UNICEF- Tabung Kanak-Kanak Sedunia, mengisytiharkan sebagai Hari Membasuh Tangan Sedunia.
Walid kata:
“Membasuh Tangan dengan sabun hanya mengambil
masa 20 saat!
sahaja”
Posted by adil at 3:19:00 PTG 1 comments
Labels: pelajaran

Hari ini, 22 September, Walid kata, hari ekuinoks musim luruh.
Equinoks itu matahari berada tepat di atas ekuator atau khatulistiwa. Dalam setahun ada dua kali.
20 Mac sekali lagi matahari berada tepat di atas khatulistiwa. Ini dinamakan ekuinoks musim bunga.
Kata Walid, itu mengikut pandangan orang duduk di hemisfera utara seperti Malaysia atau England atau Jepun.
Di hemisfera selatan dia berlawanan. Masa Walid duduk di Australia, hari ni musim bunga! ...........saya tak faham. Saya tak faham.
Walid kata tak apa.
"Nanti setelah belajar Geografi, Adil akan faham."
Posted by adil at 1:57:00 PTG 0 comments
mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Dia turun tangga eskalator, melepasi pemeriksaan keselamatan dan imigresen. Kemudian Kakna hilang dari pandangan mata kami. Mula-mula kami masih boleh melambai di dinding cermin....lepas itu terus hilang.
nak belajar perubatan. Dulu di CUCMS, Cyberjaya. Kakna kata tak best sebab dia nak belajar di luar negeri. Walid setuju sebab di Mesir boleh belajar bahasa Arab dan belanja pun murah sikit. Lagi pun walid kata universiti besar boleh dapat banyak pengalaman.Posted by adil at 9:25:00 PTG 1 comments
Hari Sabtu malam Ahad lepas Pahteh buat kenduri.Kenduri itu sebab Kak Nadia, cucu Pahteh, nak balik ke Amerika. Saya hadir
ikut mak dan Walid. Ramai kawan Adil pun hadir.
Kak Nadia belajar di Colorado School of Mines. Dia nak jadi jurutera lombong. Dia belajar bawah tajaan Petronas.
Seronoknya belajar di luar negeri. Adil pun nak belajar di luar negeri.
Cuba teka di mana?
Posted by adil at 8:57:00 PTG 0 comments
Labels: pelajaran
Posted by adil at 7:41:00 PG 0 comments
Labels: hadiah, pelajaran, Pengalaman Adil
Hari ini keputusan UPSR. Kakak saya, kak Yin dapat 5A. Saya ucap tahniah pada dia. Saya harap dan doa dia dapat masuk SSP Cyberjaya.

Posted by adil at 1:39:00 PG 0 comments
Petang tadi sedang saya rihat-rihat tengok TV. Mak yang baru balik dari KK hulurkan saya satu bungkusan. Hadiah!!!!! Terkejut ria saya. Ingat kan Mak bagi Nintendo, rupanya mak bagi jeket.
Tengok smart tak saya pakai jeket tu. Warna hitam memang cantik. He he saya pakai apapun cantik. Memang saya berkulit hitam manis, pakai apapun kena.
Saya pakai sambil tengok television; pun cantik lagilah kalau pakai dalam kereta. Saya heran mak tahu saya suka warna biru tapi mak beli warna hitam. Rupanya yang ada pilihan hanya biru gelap, lebih baik warna hitam. Tapi tak apalah saya terima penuh syukur.
Walid nak bagi apa agaknya? Ni barang yang saya nak ni. Yang gambar bawah ni!
Posted by adil at 10:11:00 PG 0 comments
Labels: hadiah, Keluarga, pelajaran, Pengalaman Adil, sekolah
Hari ini Cikgu bagi Buku PKSR (Pelaporan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah). Buku ini memberitahu pencapaian Adil. Cikgu suruh sampaikan kepada Walid untuk dibaca dan tandatangan.
Cikgu laporkan Adil dapat nombor dua. Adil seronok sebab Adil ada peningkatan.
Tapi Adil juga rasa tak puas hati. Sebabnya pada awal tahun dulu Adil buat matlamat, Tahun 2007 "mendapat nombor satu dalam kelas" seperti lukisan Adil yang adil tampal dekat pintu di rumah. Lukisan di bawah ini.
Tapi tak apalah sebab Adil dapat 5 A dan 2 B. Adil tak dapat A dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Adil tahu sebabnya Adil banyak tak hadir sekolah, selalu sakit dan lain-lain.
Pada peperiksaan bulan Jun 2006 tahun satu Adil dapat nombor 15!
Lepas itu pada akhir tahun satu Adil dapat nombor enam. Adil dapat Hadiah Prestasi sebab naik banyak nombor.
Lepas itu pada tengah tahun dua Adil kekal nombor enam. Tak ada perubahan!
Adil pun belajar kuat sikit. Akhir tahun Adil dapat nombor dua. Kalau Adil belajar kuat sikit lagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Adil pasti dapat nombor satu.
Tahun depan Adil akan belajar kuat lagi. Matlamat tahun 2008 "mendapat nombor satu dalam kelas dan mendapat A dalam semua matapelajaran dengan markah 90 ke atas".
Walid sedang tandatangan menerima pelaporan Adil. Tak taulah apa hadiah walid nak bagi? Ataupun takada hadiah sebab tak dapat nombor satu!
Posted by adil at 1:53:00 PG 0 comments
Labels: pelajaran, Pengalaman Adil, sekolah