Semasa saya berada di dalam wad kerana virus AH1N1 saya tidak berpuasa selama tiga hari. Mak kata tidak boleh puasa kerana mahu makan ubat. Di rumah saya tidak berpuasa selama dua hari. Malang betul sebab saya berazam nak berpuasa penuh pada tahun ini.
Mak kata tak pelah asalkan Adil sihat.
CERITA-CERITA REKAAN SAYA
Jumaat, 4 September 2009
5 hari tak puasa
Posted by adil at 8:57:00 PTG 0 comments
Khamis, 3 September 2009
09.09.09 kakna balik kampung
Hari rabu sembilan haribulan sembilan 2009 kakna akan pulang ke kampung. Alhamdulillah semua ujian-ujian kakna telah habis. Kakna kata nak belikan Adil buku cerita dalam bahasa arab untuk Adil.
Adil harap kakna akan lulus semua kertas-kertas ujian. Kepada kakna jangan lupa beli buku untuk Adil.
Posted by adil at 8:52:00 PTG 0 comments
Isnin, 31 Ogos 2009
TERKENA VIRUS A H1N1
Semasa cuti penggal sekolah minggu ini saya diserang Virus Influenza A H1N1. Pada hari Isnin saya rasa hidung tersumbat dan batuk-batuk. Pada malamnya saya rasa badan saya demam dan sedikit penat. Mulanya demam saya tak berapa kuat cuma suhu 37 darjah sahaja.
Pada Subuh hari Selasa suhu naik kepada 38 darjah dan saya muntah. Walid dan mak bawa saya pergi berjumpa doktor saya, Dr David Manickam. Dia kata saya hanya demam biasa sahaja, memberi Panadol dan nasihat jika demam terus meningkat supaya segera bawa balik ke Ipoh specialist hospital.
Tapi pada petang hari itu walau pun selepas dua kali ambil panadol saya demam semula dan suhu saya naik sampai 40.2. Saya rasa penat dan menggigil, sakit kepala sangat kuat. Mak dan Walid bawa saya semula ke bahagian kecemasan ISH.
Dr Adeline Tan, rakan Dr David bertugas. Dia periksa dan buat swab. Korek hidung dengan putik kapas yang besar dan panjang. Sakit tak berapa tetapi ngilu sangat. Selepas putik kapas itu diperiksa di makmal, lebihkurang sejam walid diberitahu positif. Walid terang pada saya positif tu makna ada virus selsema babi dalam kerongkong dan hidung saya dan saya perlu masuk wad pengasingan dan dirawat sampai sembuh. Saya menangis takut sangat. Hari-hari ada berita orang mati kena AH1N1. Walid kata tak apa disini hospital pakar tak ada lagi orang mati sebab sakit ini. Walid dan mak suruh saya baca ayat kursi dan berdoa.
Malam tu saya dimasukkan ke wad yang bernombor 326 di sebelah wad ICU. Saya diberi ubat antiviral dan ubat demam. mak tunggu saya. Mak saya pakai topeng, saya pun pakai topeng. semua masuk ke situ pakai topeng. Cikgu Ishak sekolah mak kata, "kena selsema babi tapi pakai topeng macam anjing polis."
Pada hari Khamis Dr Adeline kata saya boleh balik dan terus rawatan di rumah sebab suhu badan saya sudah turun paras 37 sahaja. tapi dirumah saya mesti duduk bilik seorang, bilik mandi seorang. Seluruh keluarga kena patuh kuarantin. Dan saya terus bertambah pulih.
Terbaru:
Hari ini Selasa 1hb Sept, Dr Adeline kata saya pulih sepenuhnya dan bebas dari virus jahat itu. Seluruh keluarga bebas dari kuarentin. Yin boleh balik MRSM. Mimi boleh balik STF.
Posted by adil at 6:26:00 PTG 0 comments
Rabu, 12 Ogos 2009
Balik Kampung.
Hari sabtu lapan haribulan lapan yang lepas saya,walid,mak dan Qisti balik ke kampung mak di Sungai Besar. Walid bawa Pakcik Razak untuk ganti memandu. Kami bertolak pada pukul tiga petang dan sampai pada pukul enam.
Masa sampai walid dan Pakcik Razak tidak terus masuk rumah Mak Tua sebab nak beli ubat mata. Apalah walid ni dah sampai rumah Mak Tua pun sakit mata.
Hidangan di rumah Mak Tua sedap; ada nasi minyak, nasi putih, sup daging dan tulang, daging masak hitam, ikan kembung masak kencur dan lain-lain. Jamuan diadakan dari petang hingga ke malam. Majlis tahlil diadakan selepas isyak.
Tujuan kami balik kampung s
ebab Mak Tua buat kekah untuk cucu-cucu barunya Alisya dan Abdullah.
Selepas tahlil, lebihkurang pukul sepuluh malam, kami bertolak balik. Dalam perjalanan balik kami semua tertidur. Hanya walid dan Pak Cik Razak yang tidak tidur, sebab Pak Cik Razak memandu kereta.
Dalam perjalanan, di kawasan Seberang Perak, Pak Cik Razak ternampak 'tahi bintang'.
Kami sampai ke rumah pada jam satu setengah malam.
..
Posted by adil at 9:14:00 PTG 0 comments
Khamis, 30 Julai 2009
ORANG SUSAH OTAKNYA KREATIF.
Gambar ni walid yang bagi dekat saya. Walid cakap orang susah otaknya kreatif. Orang yang dalam gambar ni agaknya orang mana ye, nampak macam orang Afrika takpelah nanti saya tanya walid.
Pelik tak buat kasut dari botol plastik, memang kreatif orang ni. 
Posted by adil at 12:28:00 PTG 0 comments
Rabu, 22 Julai 2009
A PRIZE FOR SPELLING
Hadiah ni saya dapat masa masuk pertandingan spelling bee. Saya dapat nombor tiga dalam satu sekolah. Mula mula tak banyak pun dapat lima belas per tiga puluh je. Second pertandingan saya dapat dua puluh per tiga puluh.
Seminggu lepas tu mak belikan saya raket lawa raket tu. Pasal raket tu saya cerita lepas ni.
Posted by adil at 5:53:00 PTG 4 comments
Sabtu, 18 Julai 2009
Selsema la pulak
Pagi tadi selepas bangun tidur saya rasa macam nak demam. Hidung rasa panas macam nak berdarah.
masa nak turun tangga rumah saya terjatuh kaki terlipat, kesian betul saya. Hari-hari saya sakit saya nak minta awak semua tolong doakan semoga saya cepat sembuh.
Posted by adil at 8:52:00 PTG 0 comments