Pada hari jumaat yang lalu, aku sedang bermain Play station 2 di tingkat bawah rumah. Kemudian Qisti pun balik dari sekolah sambil membawa seekor anak kucing.
Aku memberi namanya Kopi sempena nama kucingku yang lagi satu bernama teh. Kami memberinya makan whiskers. Kami sekeluarga amat sayang akan kopi kerana mukanya yang comel dan comot.
CERITA-CERITA REKAAN SAYA
Ahad, 6 Jun 2010
Kucing Baruku
Posted by adil at 3:20:00 PTG 0 comments
Selasa, 2 Februari 2010
Buku kegemaran saya
Buku yang saya paling suka ialah Sultan Muhammad Al-Fateh yang ditulis oleh penulis buku sejarah iaitu Abdul Latip Talib. Buku ini mengisahkan tentang anakanda Sultan Murad yang igin menakluk kota Konstantinopel. Hanya Sultan Muhammad sahaja yang boleh menakluk kota Konstantinopel.
Ramai lagi sultan yang mahu menakluk kota Konstantinopel tetapi tidak berjaya.
Buku ini boleh menaikkan semangat jihad dikalangan orang islam. Jadi belilah buku ini
Posted by adil at 8:23:00 PTG 0 comments
Sabtu, 16 Januari 2010
Bersihkan kelas
Hari ini pukul 9.00 pagi saya dan mak pergi ke sekolah Azlan kerana hendak membersihkan kelas 1Alpha. Di kelas satu Alpha kami menyambut birthday dua orang anak murid mak yang lahir di bulan january.
Mak membawa kek yang dibeliya di kedai kek Roti Segar semalam, dan mak mengorder bihun goreng daripada ibu anak murid mak yang bernama Nabila. Setengah jam kemudian kami memulakan kerja membersihkan kelas.
Posted by adil at 8:18:00 PTG 0 comments
Jumaat, 15 Januari 2010
Sakit Perut
Hari ini saya tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Pagi tadi semasa sampai di kampung Raban tiba-tiba saya rasa nak tercirit pulak. Terpaksalah ponteng sekolah, saya harap perut saya cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah pada hari isnin nanti.
Tolong doakan saya.
Posted by adil at 2:45:00 PTG 0 comments
Khamis, 14 Januari 2010
Experiment berjaya
Pada hari isnin yang lalu saya telah membuat satu experiment yang boleh menunjukkan yis itu boleh bernafas. Saya belajar cara untuk membuat experiment ini dari sekolah pada hari khamis yang lalu.
CARA-CARA UNTUK MEMBUATNYA IALAH:
AMBIL SATU BOTOL AIR MINERAL YANG KOSONG
ISIKAN AIR SUAM KE DALAM BOTOL TERSEBUT
MASUKKAN SESUDU YIS DAN GULA KE DALAM BOTOL TERSEBUT DAN TUTUPKAN PERMUKAAN BOTOL DENGAN BELON DAN TUNGGU SEHINGGA SATU HARI.
Terima kasih cikgu Helmi.
Posted by adil at 8:54:00 PTG 0 comments
Ahad, 6 Disember 2009
Pengalaman bersunat
Pada hari isnin 23 haribulan November yang lalu saya,walid dan mak telah pergi ke hospital pakar Ipoh untuk pergi bersunat. Saya bersunat di dalam bilik bedah yang sama semasa saya dibedah kerana apendiks.
Saya bersunat bermula di pukul 8.00 pagi tapi itu pun dah lambat sebab doktor sudahpun menunggu di dalam bilik bedah pukul 7.30 pagi. Sebenarnya doktor tu kata pukul lapan pagi tapi mak tersilap sebab saya perlu berada di dalam bilik bedah itu pada 7.30 pagi.
Saya habis bersunat pada jam 8.30 pagi. Setelah sejam lepas saya bersunat jururawat memberikan saya semangkuk kanji. Saya terpaksa menunggu doktor sehingga pukul 5.00 petang, geram betul rasanya terpaksa duduk di hospital.
Selepas habis doktor Adlan memeriksa saya jururawat memberitahu walid kerana terpaksa menunggu bil di siapkan sehingga jam 6.00 petang.
Kami sampai di rumah pada pukul 7.00 petang.
Posted by adil at 10:53:00 PTG 0 comments
Selasa, 24 November 2009
Pergi berjalan-jalan
Pada hari jumaat lalu kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Kami bertolak pergi dari Lenggong pada pukul 2.30 tengah hari. Walid dan saya bersembahyang jumaat di masjid kampung Chua.
Selepas menghantar mimi ke rumah kawannya lalu kami pergi ke mcdonald untuk makan burger tapi tak ade tempat parking jadi kami terpaksa beli di drive through dan makan di rumah mak ngah.
Tapi orang di restorent mcdoneld tersilap sebab tak cukup dua burger bigmac. Esoknya kami pergi ke memoriel Tengku Abd Rahman. selepas itu kami pergi ke Times squre untuk melihat 3d cinema tapi tak jadi sebab ramai orang dekat sana.
Lusa pula kami pergi ke museum negara untuk Qisti membuat kajian sejarahnya. Dan selepas itu kami pergi ke planeterium untuk menonton tayangan 3d di situ. Selepas pergi ke planeterium kami pulang ke rumah mak ngah untuk mengemas bag dan kami pun pulang.
Posted by adil at 8:00:00 PTG 0 comments