Ahad, 27 Februari 2011

PERGI MEMOTONG RAMBUT

Hari ini saya dan mak pergi potong rambut di kuala. Kenelah potong jugak sebab cikgu dah beri amaran yang kedua. Alah, rambut saya bukannya panjang sangat cikgu aje suruh saya potong rambut.

Masa dah sampai dekat kedai gunting rambut, adalah seorang mak cik tu yang sangat cerewet.Kesian betul tengok penggunting rambut tu kena buat rambut mak cik tu berkali-kali.Mak cik tu tak bertimbang rasa betul dengan orang lain, dah la banyak lagi pelanggan yang menunggu masa tu.

Jadi, janganlah jadi tak bertimbang rasa dengan orang lain macam mak cik tu.

Ahad, 6 Jun 2010

Kucing Baruku

Pada hari jumaat yang lalu, aku sedang bermain Play station 2 di tingkat bawah rumah. Kemudian Qisti pun balik dari sekolah sambil membawa seekor anak kucing.

Aku memberi namanya Kopi sempena nama kucingku yang lagi satu bernama teh. Kami memberinya makan whiskers. Kami sekeluarga amat sayang akan kopi kerana mukanya yang comel dan comot.

Selasa, 2 Februari 2010

Buku kegemaran saya

Buku yang saya paling suka ialah Sultan Muhammad Al-Fateh yang ditulis oleh penulis buku sejarah iaitu Abdul Latip Talib. Buku ini mengisahkan tentang anakanda Sultan Murad yang igin menakluk kota Konstantinopel. Hanya Sultan Muhammad sahaja yang boleh menakluk kota Konstantinopel.

Ramai lagi sultan yang mahu menakluk kota Konstantinopel tetapi tidak berjaya.

Buku ini boleh menaikkan semangat jihad dikalangan orang islam. Jadi belilah buku ini

Sabtu, 16 Januari 2010

Bersihkan kelas

Hari ini pukul 9.00 pagi saya dan mak pergi ke sekolah Azlan kerana hendak membersihkan kelas 1Alpha. Di kelas satu Alpha kami menyambut birthday dua orang anak murid mak yang lahir di bulan january.

Mak membawa kek yang dibeliya di kedai kek Roti Segar semalam, dan mak mengorder bihun goreng daripada ibu anak murid mak yang bernama Nabila. Setengah jam kemudian kami memulakan kerja membersihkan kelas.

Jumaat, 15 Januari 2010

Sakit Perut

Hari ini saya tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Pagi tadi semasa sampai di kampung Raban tiba-tiba saya rasa nak tercirit pulak. Terpaksalah ponteng sekolah, saya harap perut saya cepat sembuh dan boleh pergi ke sekolah pada hari isnin nanti.

Tolong doakan saya.

Khamis, 14 Januari 2010

Experiment berjaya

Pada hari isnin yang lalu saya telah membuat satu experiment yang boleh menunjukkan yis itu boleh bernafas. Saya belajar cara untuk membuat experiment ini dari sekolah pada hari khamis yang lalu.


CARA-CARA UNTUK MEMBUATNYA IALAH:


AMBIL SATU BOTOL AIR MINERAL YANG KOSONG

ISIKAN AIR SUAM KE DALAM BOTOL TERSEBUT

MASUKKAN SESUDU YIS DAN GULA KE DALAM BOTOL TERSEBUT DAN TUTUPKAN PERMUKAAN BOTOL DENGAN BELON DAN TUNGGU SEHINGGA SATU HARI.

Terima kasih cikgu Helmi.

Ahad, 6 Disember 2009

Pengalaman bersunat

Pada hari isnin 23 haribulan November yang lalu saya,walid dan mak telah pergi ke hospital pakar Ipoh untuk pergi bersunat. Saya bersunat di dalam bilik bedah yang sama semasa saya dibedah kerana apendiks.

Saya bersunat bermula di pukul 8.00 pagi tapi itu pun dah lambat sebab doktor sudahpun menunggu di dalam bilik bedah pukul 7.30 pagi. Sebenarnya doktor tu kata pukul lapan pagi tapi mak tersilap sebab saya perlu berada di dalam bilik bedah itu pada 7.30 pagi.

Saya habis bersunat pada jam 8.30 pagi. Setelah sejam lepas saya bersunat jururawat memberikan saya semangkuk kanji. Saya terpaksa menunggu doktor sehingga pukul 5.00 petang, geram betul rasanya terpaksa duduk di hospital.

Selepas habis doktor Adlan memeriksa saya jururawat memberitahu walid kerana terpaksa menunggu bil di siapkan sehingga jam 6.00 petang.

Kami sampai di rumah pada pukul 7.00 petang.