Khamis, 30 Julai 2009

ORANG SUSAH OTAKNYA KREATIF.

Gambar ni walid yang bagi dekat saya. Walid cakap orang susah otaknya kreatif. Orang yang dalam gambar ni agaknya orang mana ye, nampak macam orang Afrika takpelah nanti saya tanya walid.

Pelik tak buat kasut dari botol plastik, memang kreatif orang ni.

Rabu, 22 Julai 2009

A PRIZE FOR SPELLING



Hadiah ni saya dapat masa masuk pertandingan spelling bee. Saya dapat nombor tiga dalam satu sekolah. Mula mula tak banyak pun dapat lima belas per tiga puluh je. Second pertandingan saya dapat dua puluh per tiga puluh.

Seminggu lepas tu mak belikan saya raket lawa raket tu. Pasal raket tu saya cerita lepas ni.

Sabtu, 18 Julai 2009

Selsema la pulak

Pagi tadi selepas bangun tidur saya rasa macam nak demam. Hidung rasa panas macam nak berdarah.

masa nak turun tangga rumah saya terjatuh kaki terlipat, kesian betul saya. Hari-hari saya sakit saya nak minta awak semua tolong doakan semoga saya cepat sembuh.

Isnin, 29 Jun 2009

Sakit perut lagi.

Dah tiga minggu saya sakit perut. Sakit perut tu selalu jadi bila pagi nak pergi sekolah je.
Bila petang tak la sakit pulak saya pun pelik dengan penyakit ni. Tadi mak dengan saya pergi kilinik doktor Azhar dekat Lenggong.

Doktor cakap okey angin je kut sebab tidur lambat.

Dah lama saya tak pergi sekolah ,dah tiga hari tak pergi sekolah. Walid cakap takpe okey je boleh pergi sekolah balik.

Esok saya nak pergi sekolah tak kira lah sakit perut ke tak.

Hari hujan

Hari ni saya nak main bola tapi hari hujan la pulak.
Tapi takpe lah esok boleh main lagi, tapi takpelah harap harap petang nanti pukul enam tak hujan.

Ahad, 28 Jun 2009

Pergi ke Agro fast di Sungai Siput

Hari ni saya ,walid,mak dan Qisti pergi ke Agrofest di Sungai Siput.

Bila dah sampai dekat sana mula-mula sekali kami pergi beli dekat tempat orang jual bunga, saya suka pokok limau madu sebab tu saya sponsor pokok tu. Walaupun harga murah, tapi pokok tu lambat berbuah.

Pokok limau madu tu dia berbuah dalam masa satu tahun.

Lepas pergi beli pokok limau madu mak pergi beli pokok sirih pula. Mak cakap pokok sirih banyak gunanya, contohnya kalau keadaan terlalu panas pokok sirih boleh memberhentikan darah mengalir dari hidung.

Kali ni giliran walid pula yang cari barang, walid pergi ke kedai yang depan kedai bunga tu, kedai tu ada menjual keris dan pelbagai hiasan senjata yang lain. Walid tanya dekat penjual tu ada tak menjual pisau ali ayam, baru kali ni saya dengar nama pisau macam tu.

Orang tu cakap pisau tu tak boleh jual sebab sebahagian daripada senjata, walid cakap kalau orang tu nak jual walid nak la beli la satu.

Ahad, 14 Jun 2009

Akhbar.

KUALA LUMPUR: Tiada kes baru influenza A(H1N1) yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan kes yang disahkan

di Malaysia kekal dengan 12 kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata daripada 12 kes itu, hanya lima kes yang terakhir masih menerima rawatan, masing-masing satu kes di Hospital Sungai Buloh; Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Kuala Lumpur dan dua kes di Hospital Pulau Pinang.

"Kesemua mereka menunjukkan respons baik dengan rawatan antivirus yang.