

menulurusi cahaya pagi hidupku
Posted by adil at 12:40:00 PG 0 comments
Pagi ini Dr David kata saya boleh keluar. Suhu sudah turun. Saya pun tak penat lagi. Dr David keluarkan Discharge Chit.
Nurse bagi bill bernilai RM784.54.
Pada waktu masuk walid sudah bayar RM 200.00. Jadi hari ini walid bayar RM 584.54 sahaja.
Yang seronoknya saya dapat cuti. Cuti sampai hari Rabu 11 Julai. Hari Rabu saya kena datang lagi ke hospital. Dr David nak pastikan saya benar-benar dah baik.Seronoknya dapat balik rumah. Tapi yang sedihnya apabila sampai rumah......aduh garaj kereta mak runtuh dilanda ribut.
Posted by adil at 8:15:00 PG 0 comments
Pada malam sabtu pukul 2 pagi saya berasa sangat sejuk. Masa itu saya demam panas. Walid dan mak bawa saya ke hospital Ipoh Specialist. Cher memandu Pahcu pun ikut sama.
Saya dibawa terus ke Accident & Emergency.
Suhu badan saya didapati 38.7C. Doktor yang bertugas telefon Dr David. Dr David suruh masuk wad. Saya di masukkan ke wad kanak-kanak di tingkat 3. Nombor wad 301. Nombor katil saya 5.
Saya dipasang gelang pengenalan. No Pesakit MRN 219699.Saya dirawat oleh Dr David Manikam. Dr David adalah doktor saya sejak saya lahir. Sejak kecil saya sudah 4 kali masuk wad. Setiap kali saya dijaga oleh Dr David. Saya suka Dr David. Dia baik. Apabila besar saya juga nak jadi doktor.
Posted by adil at 10:50:00 PG 0 comments
Labels: Pengalaman Adil
Hari ini saya bermain bola sepak sewaktu pelajaran PJ. Kelas saya dibahagi jadi dua pasukan. Ahli pasukan saya Sahrin, Saiful, Izzat, Naqib, Amin, Munir, dan lain-lain. Kumpulan saya menang. 3-1. Saya bermain sebagai penjaga gawang. Banyak kali saya tangkap bola. Tetapi satu tendangan musuh dapat juga masuk. Semasa sedang bermain, bola yang datang laju ditendang oleh Nazrul Hanif terkena perut saya. Sakit betul. Saya telefon balik ke rumah. Minta walid ambil saya. Tapi walid suruh jumpa Cikgu. Saya jumpa Cikgu Husaini. Dia bagi ubat. Saya pun baik. Saya tak jadi balik.
Posted by adil at 7:31:00 PG 0 comments