Ahad, 26 April 2009

Pokemon The Mystery of Mew.

Pagi tadi sebelum ambil Yin, saya beli buku "Pokemon" dekat kedai di Lenggong. Nama kedai tu Han Sen shop.

Buku tu tulisannya dalam bahasa Inggeris.
Saya reti baca sikit sikit aje.


Harga buku tu tujuh ringgit saje.
Saya suka buku tu walaupun dalam bahasa Inggeris.

Terlekat tulang.

Hari selasa lepas saya makan dekat kedai Sajian Budiman. Saya makan ayam dengan ikan. Baru makan separuh saya terlekat tulang di kerongkong. Lepas tu saya bagi tahu mak, mak pun bawa pergi klinik Lenggong.

Doktor tekan perut saya muntah tapi tulang tu tak keluar juga. Lepas tu mak ajak saya pergi hospital pakar di Ipoh. Mula mula pergi bahgian emergensi tapi dia suruh pergi klinik dekat tingkat dua. Pakar ENT, Telinga, hidung dan Kerongkong.




Dia tanya saya sakit dekat belah mana, saya cakap dekat belah kiri sakit. Doktor tu cek tengok memang ada tulang ikan. Doktor cakap dia nak ambil tulang ikan tu guna camera dan penyepit. Sebelumnya dia sembur dalam mulut saya ubat kebas. Lupa pulak nama doktor tu, iaitu Dr Yeoh Tham
long.



Khamis, 23 April 2009

Sakit perut.


Hari ini saya tak pergi sekolah sebab sakit perut. Dari semalam lagi sakit perut.

Tak taulah kenapa. Rasanya sebab makan nasi lemak dekat sekolah hari Selasa.

Bukan saje sakit perut, pening dan sakit kepala.

Lepastu dekat sekolah ada makan mee. Walid cakap jangan amalkan sebab dalam mee ada ubat
.