Sabtu, 29 Ogos 2015

ASET (prinsip perakaunan)

Aset

Aset didefinisikan sebagai harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan. Aset boleh dikategorikan sebagai aset ketara dan tidak ketara.

Contoh aset ketara: premis,kenderaan,perabot,alatan pejabat,mesin,stok, dan wang tunai.

Contoh aset tidak ketara: hak cipta dan paten.

PENGELASAN ASET

Aset boleh dikelaskan kepada aset semasa dan aset tidak semasa. Pengelasan aset kepada aset semasa dan aset bukan semasa bergantung kepada jenis perniagaan tersebut. Contohnya, bagi sebuah kedai perabot,perabot merupakan barang niaga,manakala bagi sesebuah kedai runcit,perabot merupakan aset bukan semasa.

ASET SEMASA

Aset semasa ialah harta yang dapat ditukarkan ke bentuk tunai dalam jangka masa yang pendek,iaitu kurang daripada satu tempoh perakaunan.

Contoh aset semasa: tunai di tangan/tunai, tunai di bank/bank, stok barag niaga, belanja terdahulu dan hasil terakru.

ASET BUKAN SEMASA

Aset bukan semasa ialah aset yang dibeli bukan untuk dijual semula tetapi untuk digunakan dalam menjalankan perniagaan.

Contoh aset bukan semasa: tanah, premis, kenderaan, jentera, mesin, lengkapan, dan alatan pejabat.