Ahad, 21 Disember 2008

MAK MESYUARAT PENYELIA STPM, KAMI BERCUTI DI KOTA BAHARU DAN KUALA TERENGGANU.

..

Hari tu 10hb Disember 2008, saya dan keluarga pergi Kota Baharu. Kami ikut Lebuh Timur-Barat, Gerik ke Jeli. Kemudian ke Tanah Merah terus ke Pasir Mas dan Kota baharu.

Di Tanah Merah kami makan nasi Tom Yam. Daging merah paling best saya pernah rasa.



Di KB kami menginap di Royal Guest House. Hotel ni dekat Istana Balai Besar.




Hari kedua, kami pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Masa tu kami tengok ombak kuat sangat sampai kena dekat kaki saya pasir pasir tu. Kami makan pelbagai makanan laut dengan colek.





Kami ronda dengan kereta ke Wakaf Che Yeh, Nilam Puri, nampak masjid lama, ke Ketereh, Melor, Pasir Tumbuh, Kubang Kerian, Putik dan balik KB. Kami makan malam dekat Stadium Sultan Muhammad.



Hari ketiga, lepas mak habis mesyuarat pukul 10 pagi kami bertolak ke Kuala Terengganu.



Kami ikut jalan pantai melalui Tok Bali, Pantai Bisikan Bayu, Kuala Besut, Kampung Raja. Kemudian ke Permaisuri dan ke Calok. Kami makan tengahari di Chalok.

Kami terus ke Pulau Wan Man. Di situ kami melihat Taman Tamadun Islam.





Kemudian kami ke Kuala Berang. Mak nak tengok sekolah tempat dia
mula-mula mengajar. Kami terus ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan.

Balik tu kami beli keropok Losong. Kemudian kami menginap di resort Qurata di Kuala Ibai.


Malam tu kami makan keropok Losong sahaja.


Besoknya pagi-pagi lepas subuh kami keluar hotel, makan pagi di Kuala Terengganu dan terus bertolak balik. Kami ikut jalan pantai, Gong Kedak, Gong Pak Jin, Batu Rakit, Penarik, Fikri, Kg Raja, Jertih, Bukit Yong, Macang, Bukit Bunga, Jeli, Banding, Gerik, Lenggong.

Kemudian kami terus ke rumah Pahteh, menghadiri kenduri perkahwinan Cu Ana Pahcik.

..

Isnin, 15 Disember 2008

Pergi ke Pulau Pinang.

Hari tu Adil pergi Pulau Pinang dengan mak,walid dengan saudara saya nama dia Nasrul Hadi.
Mula-mula nak pergi kedah je tapi walid ajak pergi Pulau Pinang, Nasrul cakap dia tak pernah pergi Pulau Pinang tu First time dia pergi Pulau Pinang. Dekat Pulau Pinang kami pergi ikut jambatan yang paling jauh di Asia Tenggara jambatan, Pulau Pinang. Lepas tu walid cakap nak pergi makan. lepas tu kami pergi makan dekat kedai makan tom yam Pulau Pinang. Saya dengan Nasrul makan Chicken chop, dekat tepi tu ada laut, masa tengah makan kami nampak ada ketam dekat situ. lepas tu masa nak balik kami ikut naik feri

Selasa, 25 November 2008

Bola baru .

Hari ni mak belikan Adil bola baru sebab hadiah hari jadi hari tu mak tak belikan saya hadiah ganti, mak belikan bola baru untuk saya.

Yang paling saya suka bola tu ada lambang Chelsea, pasukan Club tu pasukan bola paling saya suka bola tu warna biru memangla lambang Chelsea tu warna biru.

TERIMA KASIH MAK.

Jumaat, 14 November 2008

Solat.

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Selasa, 4 November 2008

catur.

Catur adalah sejenis permainan berpapan berstrategi abstrak untuk dua pemain. Ia dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari kepingan pihak lawan, pemain ini dikatakan ke dalam check. Bila dalam check, hanya gerakan yang boleh mengelakkan check, sekat check, atau mengambil kepingan pihak lawan adalah dibenarkan. Objek permainan ini adalah untuk checkmate pihak lawan; ini berlaku apabila pihak lawan raja adalah dalam check, dan tiada gerakan boleh dibuat yang bakal mengelakkannya.

Faedah sembahyang.

Sembahyang ada banyak faedahnya. Antaranya untuk kesihatan badan dan minda kita.


Baca seterusnya disini............

Ahad, 2 November 2008

Cara-cara permain catur terkenal


10 tips yang harus dilakukan oleh pemain catur terkenal:

1. Kuasai pusat
2. Jalankan kuda sebelum gajah
3. Jalankan gajah sebelum benteng
4. Jalankan benteng sebelum menteri
5. Rokade cepat
6. Lindungi buah
7. Serang petak yang sama dengan banyak buah
8. Ciptakan penyergapan bila mungkin
9. Ciptakan pengikatan bila mungkin
10.Kembangkan strategi pada setiap langkah

Rabu, 15 Oktober 2008

MEMBASUH TANGAN.



Hari ini , UNICEF- Tabung Kanak-Kanak Sedunia, mengisytiharkan sebagai Hari Membasuh Tangan Sedunia.



Walid kata:

“Membasuh Tangan dengan sabun hanya mengambil

masa 20 saat!

sahaja




Ahad, 12 Oktober 2008

Persembahan hari raya.




Seperti saya janji hari tu, saya nak cerita pasal persembahan dekat rumah pah hari tu. Ada dua kumpulan Muslim boys kumpulanbudak lelaki termasuk saya. Lagi satu kumpulan Soleha kumpulan budak perempuan.





Kumpulan Muslim boys lagu Balik kampung, rasullullah, sebelum cahaya. Lagu kumpulan Soleha saya tak tahu.Tapi kumpulan Muslim boys kalah. Lepas tu kami buat pertandingan
mengaji Al-Quran.



Semua orangdatang. Ohh.... lupa pulak pasal mengaji saya dapat nombor dua baca surah izaja saya pun tak ingat nama surah tu.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Hari Raya Eidul Fitr.



  • Hari ini mula-mula sekali saya minta maaf dekat Mak dan Walid.

  • Lepas tu kami semua pergi rumah Pah di Kuak. Saya tak sempat sembahyang raya. Dah la bangun lambat, Kakak-kakak lambat benar pekena baju raya dan mekap. Walid dah cakap tak dan, tapi mak kata dan. Saya pun tak tahu, tapi walid cakap yang betul.

  • Lepas tu saya tengok Nasrul, Idin, Taufik semua takada. Semua pergi sembahyang raya. Tapi jumpa juga mereka. Lepas tu saya Nasrul, Idin, Salam, Zakwan dengan Mat pergi beraya dekat kampung Danglang dan kampung Lata Papan.

  • Dapat banyak duit raya. Dapat RM 92.00. Tapi ada juga rumah yang bagi lima puluh sen aje, tapi takpa, Alhamdulillah. Lepas tu kami balik dekat rumah pah.

  • Malamnya kami buat tahlil kat rumah Pah. Pakngah Anas jadi ketua.

  • Lepas makan kami kumpulan anak-anak buat persembahan. Bab ni lain kali saya cerita!

Jumaat, 3 Oktober 2008

Selamat Hari Raya dari Iwan Bola Kampung




Kepada Ahli Peminat Bola

Kampung

Iwan dan rakan-rakan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya & ribuan terima kasih juga di atas sokongan yang padu dari anda.

Bolehlah juga kamu hantarkan e-card ini kepada "best friends" kamu supaya semua boleh bergembira di Hari Raya!

Bola Kampung Musim Ke-4 akan kembali lagi ke RTM1 pada hujung Tahun 2008. Iwan dan rakan-rakan berharap dapat berjumpa kawan-kawan semua di RTM1 Setiap Isnin 7malam dari 3hb November 2008 hingga 26hb Januari 2009.



Terima Kasih!

dari,
Iwan & rakan-rakan

Isnin, 22 September 2008

22 SEPTEMBER


Hari ini, 22 September, Walid kata, hari ekuinoks musim luruh.

Equinoks itu matahari berada tepat di atas ekuator atau khatulistiwa. Dalam setahun ada dua kali.

20 Mac
sekali lagi matahari berada tepat di atas khatulistiwa. Ini dinamakan ekuinoks musim bunga.

Kata Walid, itu mengikut pandangan orang duduk di hemisfera utara seperti Malaysia atau England atau Jepun.

Di hemisfera selatan
dia berlawanan. Masa Walid duduk di Australia, hari ni musim bunga! ...........saya tak faham. Saya tak faham.

Walid kata tak apa.

"Nanti setelah belajar Geografi, Adil akan faham."


Ahad, 21 September 2008

perang badar.



  • Sebelum pertempuran tersebut, Muslim dan Mekkan telah berjuangkan beberapa pertempuran kecil pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.

Adil petik dari wikipedia.

Sabtu, 20 September 2008

ramadhan

  1. Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
  1. Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

    surah Al-Baqarah, ayat 185

  2. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Adil petik dari Wikipedia

Jumaat, 19 September 2008

lailatulqadar


  1. Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan.
  2. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.
  3. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan.
  4. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.
  5. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
  6. Marilah kita sama-sama menghidupkan Malam Lailatulqadar.


Ahad, 14 September 2008

PENERBANGAN KAKNA KE KAHERAH

  1. Jam 11.45 waktu Malaysia, 6 hb Sept, Egyptair yang Kakna naiki berlepas dari KLIA menuju Mumbai.
  2. Jam 4.45 Kakna Mesej kepada Walid kata dah sampai di Mumbai.
  3. Jam 11.46 pagi, 7 hb Sept, Kakna mesej: "Dah arrivd dah kat Cairo."
  4. Alhamdulillah!


Jumaat, 12 September 2008

TAHNIAH DAN SELAMAT BERANGKAT KE MANSOURAH MESIR, KAKNA!

  1. Pada 6 hb September yang lalu, jam 10.30 malam, Kakak sulung saya Hamduna mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Dia turun tangga eskalator, melepasi pemeriksaan keselamatan dan imigresen. Kemudian Kakna hilang dari pandangan mata kami. Mula-mula kami masih boleh melambai di dinding cermin....lepas itu terus hilang.
  2. Walid kata Kakna naik tren ke bangunan berlepas, hampir dengan landasan. Kemudian menunggu di ruang menunggu, sebelum masuk ke kapalterbang. Kapalterbang Egyptair yang Kakna naiki bertolak pukul 11.45 malam. Kapalterbang berlepas menuju ke Mumbai, India. Kemudian terus ke Kahirah. Penerbangan kata walid, mungkin 11 jam.
  3. Ramai keluarga datang hantar. Maktua, Maksu Dillah, Auntie Fairoz, Apak Jalal, Kak Izzah, Hadi dan Wafi. Pakngah Annas, CuMan, CuEra, Kak Najiha, Nasoha, Fikah, Idin, Afik dan Syami pun datang.
  4. Dari kampong Walid, Mak, Pah, KakQisti dan KakYin. KakMimi dari STF pun datang. PahCu, Cer dan PakTaib pun ada.
  5. Dan.....Apissss.
  6. Kakna ke Mesir untuk melanjut pelajaran di Universiti Mansoura. Kakna nak belajar perubatan. Dulu di CUCMS, Cyberjaya. Kakna kata tak best sebab dia nak belajar di luar negeri. Walid setuju sebab di Mesir boleh belajar bahasa Arab dan belanja pun murah sikit. Lagi pun walid kata universiti besar boleh dapat banyak pengalaman.
  7. Di mana Mansourah? Macamana di sana? Nanti bila Adil dapat berita dari Kakna Adil tulis.
  8. Anyway, bye bye Kakna, Selamat berjaya!

Jumaat, 15 Ogos 2008

Tahniah Lee C.W! Pingat Perak Dalam Tangan.


Tadi saya lihat di TV Lee C.W mengalahkan pemain Korea Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13.dalam perlawanan separuh akhir Badminton Olimpik. Untuk sampai ke sini dia mengalahkan pemain Indon Soni Dwi Kuncoro 21-9, 21-11.

Dah banyak saya tengok dia mengalahkan pemain seperti Rionaldo Susillo dan pemain -pemain yang lain. Tetapi yang paling saya suka masa dia mengalahkan Taufik Hidayat. Oh lupa pulak Lee C. W pernah mengalahkan Lin Dan.

Saya doakan dia terus mara dan menyumbangkan PINGAT EMAS OLIMPIK PERTAMA untuk MALAYSIA.


Rabu, 13 Ogos 2008

KAK NADIA BALIK COLORADO

Hari Sabtu malam Ahad lepas Pahteh buat kenduri.Kenduri itu sebab Kak Nadia, cucu Pahteh, nak balik ke Amerika. Saya hadir ikut mak dan Walid. Ramai kawan Adil pun hadir.

Kak Nadia belajar di Colorado School of Mines. Dia nak jadi jurutera lombong. Dia belajar bawah tajaan Petronas.

Seronoknya belajar di luar negeri. Adil pun nak belajar di luar negeri.

Cuba teka di mana?

Sabtu, 9 Ogos 2008

PESTA BUAH



Hari ini di sekolah saya ada pesta buah-buahan sempena hari
kemerdekaan. Semua murid dikehendaki membawa buah-buahan kecuali yang tidak ada buah.

Saya termasuk dalam ketegeri orang yang ada buah.


Saya hanya ada buah dokong. Saya membawa dokong hasil sulung dari dusun Walid saya.



Di dusun walid ada 300 pokok dokong, tapi baru 11 pokok mulai berbuah tahun ini. Kawan-kawan saya yang banyaknya membawa buah langsat dan rambutan. Tiada langsung yang membawa durian. Takut busuk kelas mungkin! Tetapi seorang saja kawan saya yang istimewa, iaitu Hakim. Dia membawa manggis.





Jumaat, 8 Ogos 2008

ADIL KEMBALI MEMBLOG




Saya sudah kembali.




TARIKH 08.08.08
SAYA KEMBALI!!!!!!!!



Dulu saya berhenti memblog sebab telefon selalu rosak. Kabel kena curi. Celaka pencuri kabel. Komputer selalu masuk virus dan rosak. Dan virus My heart. Celaka Virus My Heart. Ingat komputer walid ni wayang cerita My heart ke.


Kalau nak tengok cerita MY HEART dekat panggong wayang la.