Jumaat, 23 Oktober 2009

Hari jadi saya

Hari rabu yang lalu 21 satu haribulan Oktober ialah hari jadi saya. Selepas saya balik dari sekolah walid bawa saya ke Ipoh parade pergi bermain bowling. Saya bermain bowling bersama Qisti. Tetapi saya kalah main bowling, markah saya 48 dan Qisti 57.

Selepas bermain bowling kami pergi makan di Restaurent Nasi Lemak ayam kampung. Saya makan nasi goreng ayam kampung.

Khamis, 22 Oktober 2009

Perang dunia kedua

Perang Dunia Kedua memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Perang Dunia Kedia mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Rabu, 14 Oktober 2009

Hari yang malang

Hari ini selepas bermain bola di padang, saya dan kawan-kawan pergi ke tandas bawah untuk menyalin baju. Tiba-tiba selepas itu saya rasa perut saya memulas. Hampir lima belas minit kemudian sir Mahadi turun ke tandas bawah dan melihat saya keluar dari tandas bersama kawan-kawan.

Sir Mahadi ingat kami ponteng kelas jadi dia tarik telinga saya dan kawan-kawan.

Ahad, 11 Oktober 2009

Cik Nab berkunjung Raya ke rumah kami.

Hari Sabtu semalam mak cakap adik mak dari Sungai Besar nak datang rumah. Kami panggil adik mak tu Cik Nab. Cik Nabdatang bersama Maksu Dillah dan anak Cik Nab abang Akim. Ikut bersama anak arwah Pak Itam, abang Ajib.

Sebelum mereka sampai, saya menolong mak mengemaskan bilik-bilik dan ruang tamu.

Mak su yang memandu kereta dari Sungai Besar sampai ke Lenggong. Mereka sampai di Lenggong pada pukul 9.30 malam. Sampai di simpang Lenggong, jalan lama di Batu dinding, mereka tersilap jalan. Sepatutnya mereka belok kiri ke utara menuju ke Lenggong mereka belok kanan arah selatan. Mereka tersasar sampai ke Kg Pisang Lubuk kawah. Nasib baik mereka jumpa anak murid Mak. Dia tolong tunjuk supaya balik ke arah Lenggong.

Cik Nab membawa mangga, lauk-pauk dan lain-lain lagi. Sedap makan. Walid sampai sakit perut. Malam itu saya mengurut Cik Nab dan Maksu. Selepas mengurut saya dapat sepuluh ringgit daripada Cik Nab.

Esoknya mak goreng kuetiaw hailam. Mak membawa mereka berjalan-jalan di kampung Beng dan kampung Kuak. Mereka beli pekasam di rumah Mior kawan saya.

Mereka pulang ke Sungai Besar pada pukul 7.30 petang.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jumpa kucing

Semalam kami menghantar kakna ke perhentian bas Medan Gopeng untuk pergi ke rumah kawan di Kuala Lumpur. Selepas itu kami terus balik kerumah. Walid kata nak singgah sekejap dekat restaurant tasik Raban.

Di sana ada tiga gerai, walid dan saya pilih gerai yang terakhir sekali sebab walid nak makan roti canai. Di gerai itu sahaja yang ada roti canai, mak dan Qisti pergi order dekat gerai sebelah sebab di gerai tu hanya ada roti canai.

Selepas order mak kembali semula ke gerai roti canai. Semasa walid nak bayar, Qisti terjumpa seekor kucing yang terbaring di atas tanah. Qisti meminta kepada walid untuk membela kucing itu. Saya menamakan kucing itu Ugo.

Rabu, 7 Oktober 2009

Baru tahu

Petang tadi kakak sulung saya dan mak pergi ke Kuala Kangsar sebab kakak saya nak buat ribonding rambut. Tapi mak balik rumah dulu sebab kalau nak buat ribonding kena tunggu lima jam lagi.

Mak nak ambil kakak pada pukul sembilan malam ini.

Saya terkejut juga ingatkan buat ribonding dua jam sahaja.

Ahad, 4 Oktober 2009

Adil menulis: PEMBUNUHAN PEMAIN BOLING

..

Polis membawa mayat itu ke hospital Gerik





Adil menulis: MAWAS DAN PEROMPAK

..

Semasa di pertengahan jalan dia teringat akan wang yang diberikan anak tukang gunting rambut itu. Dia dan anak kapalnya pergi semula ke negeri China.Di pantai mereka mencari barang yang sesuai untuk keluarga penggunting rambut itu.

Adil menulis: AKIBAT AH1N1

..

Suasana pada pagi itu sungguh sejuk, mak Milah membawa anaknya pergi ke hospital kerana demam panas. Di dalam klinik ramai ibu-ibu membawa anak mereka berjumpa doktorHussin.


Adil menulis: DOKTOR DAN RAJA

..

Pada suatu hari doktor Arshad telah membawa baginda ke gelanggang tenis untuk bermain. Sebelum bermain doktor arshad telah menyapukan herba-herba yang bagus untuk kulit pada raket baginda.

ADIL PENULIS CERITA KREATIF

..

Anda pengunjung di jemput ke Blog Kreatif saya:

..