Jumaat, 29 Mei 2009

Akhbar

Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Batu Maung, di sini bengkak di bahagian dahi dan kaki kirinya akibat dipukul tujuh pelajar senior di luar kawasan sekolah berkenaan tengah hari ini.



Pelajar itu, C.Katheventhiran, 14, yang belajar di SMK Batu Maung, sedang

menuju ke perkarangan sekolahnya selepas membeli makanan di luar kawasan sekolah itu apabila dipanggil sekumpulan pelajar senior dari sekolah yang sama.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas

di sini, bapanya, P.Chandran mendakwa sebaik anaknya mendekati kumpulan itu, mereka terus memukul dan memijaknya tanpa sebarang sebab.



Beliau berkata anak tunggalnya itu keluar sebentar dari kawasan sekolah

untuk membeli makanan selepas tamat persekolahan kira-kira 12.30 tengah hari sebelum kembali semula ke sekolah itu 15 minit kemudian untuk mengikuti kelas tambahan bahasa Tamil.



"Pada kebiasaannya, kelas itu akan berlangsung sehingga pukul 2.30 petang

dan sementara menunggu kelas tambahan bermula, anak saya pergi membeli makanan di luar kawasan sekolah. Masa hendak masuk ke kawasan sekolah, anak saya kata kumpulan itu panggil dia dan bila dia menghampiri mereka, dia terus dipukul dengan tangan dan dipijak," katanya. - Bernama

Khamis, 28 Mei 2009

Lagenda Awing

Ini cerita saya sendiri yang tulis.

Pada masa dahulu, di kampung Tembikai merah tinggal seorang pemuda dan ibunya. Mereka sangat miskin hingga susah mencari makanan sehari hari.

Pada suatu hari Maria anak kepada penghulu kampung itu diculik oleh seekor naga berkepala tiga.

Pembantu penghulu itu memberi pengumuman kepada semua orang kampung, anak kepada penghulu kampung kita telah diculik oleh naga berkepala tiga, pada siapa yang hendak menyelamatkannya sila laporkan nama anda kepada penghulu.

Sementara itu pemuda dan ibunya sedang membicarakan soal anak penghulu itu. “Nanda rasa nanda patut menyelamatkan anak penghulu itu ibu.” Kata awing kepada ibunya mak Piah. “Tetapi nak kamu harus mempelajari ilmu mempertahankan diri” kata mak Piah pada Awing kerana terlalu risau akan kebolehan anakya yang tidak seberapa itu., Awing cuba menyakinkan ibunya “ya nanda akan mempelajari ilmu mempertahankan diri supaya mudah nanda menyelamatkan Cik Maria”.

Sudah setahun berlalu pemuda itu belajar mempertahankan diri, semua ilmu yang diajarkan gurunya sudah ia mengerti. Ramai pemuda kampong itu yan mencuba tetapi semuanya tewas pada naga berkepala tiga itu. Selepas mengucapkan terima kasih kepada gurunya dia terus balik ke kampung Tembikai Merah.

Awing terus balik ke rumah untuk menemui ibunya sekaligus membuat persiapan untuk mmbunuh naga berkepala tiga itu. Naga itu berada di bukit Sarung di belakang kampung itu. “ nanda akan pergi membunuh naga dur jana iu ibu”, kata Awing kepada ibunya. “Baiklah, ibu akan selalu mendoakan kamu.

Selepas mendaki bukit Sarung dia terus saja ketempat naga itu. Setibanya ditempat naga itu, raksasa itu baru saja mau memakan Cik Maria selepas bosan dia dijadikan pembantu rumah.

“Hei raksasa bedebah lepaskan Cik Maria sekarang” kata Awing kepada naga berkepala tiga itu. “Hei manusia bodoh aku tidak akan serah kan dia kepada kamu” kata naga itu.

Bermulalah pertempuran Awing dengan naga itu, Awing berjaya menewaskan naga itu dengan memotong ketiga tiga kepala naga itu. Selepas menewaskan naga itu Awing terus menyambar seperti kilat badan Cik Maria lalu beredar dari tempat itu.

Dengan membawa Cik Maria bersamanya mereka terus pergi ke rumah tok penghulu. Tok penghulu sangat gembira atas kepulangan anaknya. Sebagai balasan mereka berdua dikahwinkan dan Awing membawa ibunya tinggal bersama mereka.


Sabtu, 16 Mei 2009

Apendiks

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).


Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).

Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).

Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.

Penyakit apendiks biasa bagi manusia adalah:

Radang Apendiks (Appendicitis)

Saya kena radang apendiks hari selasa lepas. Mungkin beransur-ansur sudah lama. Saya selalu sakit pereut dan muntah. Tahu kena apendikitis semalam. Terkejut jugalah sebab takkan dah kena penyakit apendiks umur baru tak sampai sepuluh tahun. Lagi pun kena pembedahan semalam sebab doktor takut nanti terlewat dah pecah.

Saya dibedah pada hari Jumaat 15 Mei 2009 di Ipoh Specialist hospital oleh Pakar Bedah Dr Koh Guan Chye. Masuk bilik bedah jam 4.15 dan keluar jam 5.10 petang.

Saya pulih dan dapat balik hari ini.






HA NI NAK CERITA PASAL APPENDIX.

In human anatomy, the appendix (or vermiform appendix; also cecal (or caecal) appendix; also vermix) is a blind ended tube connected to the cecum (or caecum), from which it develops embryologically. The cecum is a pouch-like structure of the colon. The appendix is near the junction of the small intestine and the large intestine.

The term "vermiform" comes from Latin and means "worm-shaped".

Rabu, 13 Mei 2009

Pergi Pengkalan Hulu.


Hari jumaat lepas saya,walid,mak dengan Qisti pergi Pengkalan Hulu. Kami pergi sana sebab mak nak mesyuarat dekat chalet Seri Tasik. Kami tidur sehari dekat sana sebab mak mesyuarat dua hari.

Kami tak tidur dekat chalet Seri Tasik sebab dah penuh. Kami tidur dekat ress house Seri Tasik. Besoknya breakfast kami makan dekat gerai jalan air panas.

Ahad, 3 Mei 2009

Pergi ke Kuala Lumpur.

Hari khamis lepas saya dan keluarga pergi ambil kakak dekat Kuala Lumpur. Saya dan keluarga sampai dekat sana dah malam. Lepastu walid call mak ngah nah tumpang tidur dekat rumah. Masa sampai rumah mak ngah kami rehat sekejap. Lepas tu kami pergi ambil Mimi dekat Bukit Jalil.

Lepas ambil kakak kami singgah sekejap dekat restaurent abang Hakim. Tapi mak silap arah pukul dua pagi baru sampai kedai. Dekat sana saya makan roti canai cheese. Baru kali pertama saya makan roti canai cheese.