Isnin, 28 September 2009

Emak dah pindah bilik baru!

Sebelum ini jawatan emak saya adalah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah Lenggong. Pada bulan Mac yang lalu emak telah ditawarkan menjawat jawatan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Emak telah menerima jawatan tersebut.

Bermula dari tarikh 1 hb September emak telah meletak jawatan sebagai PK Koku tersebut.

Alhamdulillah, sekarang gaji emak pun dah bertambah besar. Cuma satu sahaja yang buat saya tak seronok iaitu emak terpaksa melepaskan kemudahan bilik pejabatnya itu dan sekarang terpaksa berkongsi bilik bersama dengan guru-guru lain di bilik guru.

Tidak mengapalah, asalkan gaji emak dah naik sedikit. Saya harap saya boleh menyesuaikan diri dengan tempat sekarang ini.

..

Jumaat, 25 September 2009

Kalah main boling

Hari ini pada pukul tiga petang saya, Mimi, Qisti, Yin, mak dan walid pergi bermain boling di Parkson Grand Ipoh.

Apabila sampai di Ipoh kami pergi makan di restaurent Nasi Vanggey. Semasa di kaunter walid bertanya dengan kasier itu apa makna vanggey. Orang tu kata vanggey tu maknanya 'mari.' Ha ha, lawak. Walid ingat vanggey tu sejenis nasi.


Selepas makan saya sekeluarga bersembahyang di surau belakang foodcourt Parkson Grand.

Mimi pergi ke kaunter di pusat boling itu untuk membayar dan mengambil kasut.

Kami bermain di lane 21 dan 22. Kami bermain sebanyak dua game. Pada game pertama skor saya 48 dan pada game kedua mendapat 33 jatuhan pin.

Aduuuh.....sekali ni kalah! Tidak mengapa lain kali saya akan pastikan permainan yang lebih baik. Saya berharap mak akan selalu bawa saya bermain. Dan kalau dah pandai, insyaAllah saya akan wakili sekolah.

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitr.



'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin' saya ucapkan kepada semua pengikut blog saya. Semasa pagi raya pertama saya tidak sempat pergi sembahyang raya kerana bangun lambat. Walid pula sakit perut cirit birit.

Saya sekeluarga bercadang datang kerumah pah pada pukul sepuluh pagi. Tetapi ada pula tetamu yang datang. Kakna,yin dan mimi pergi kerumah pah dahulu kerana saya,mak dan walid terpaksa melayan tetamu.

Pada sebelah malam baru kami berhimpun di rumah pah di Kuak. Pakngah Anas mengetuai majlis tahlil untuk datuk nenek kami yang sudah meninggal.

Pada tepat 12.00 malam kami anak-anak semua menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' dan mengucapkan selamat hari jadi kepada Kak Hamduna yang menyambut harijadinya yang ke 20 pada 21 hb Oktober.

Happy Birthday Kakna. Maaf Zahir Batin.

*** Hari raya ni saya pakai baju pink...hehe. Nanti saya upload gambar.

..

Isnin, 7 September 2009

Menyambut Birthday Mimi


Hari rabu 3 haribulan yang lalu kami sekeluarga menyambut hari jadi Mimi sambil berbuka puasa di Pizza Hut di Tesco Ipoh.

Mimi memesan Largest Thai Pizza dan mak pula memesan Ramadhan Pizza.

Walid dan Qisti pergi membeli hadiah untuk mimi.Walid membeli cake chesse bercoklat untuk Mimi, Qisti dan Yin pula membeli minyak wangi.

Macam tak ada tempat lain nak buat birthday party. "Harap-harap birthday aku esok mak buat di tempat lain." aku berfikir sendiri je ni.

Anyway, Mimi dan kami pun enjoy juga.

EPPY BESDAY MIMI!

Sabtu, 5 September 2009

BILA LAGI NASROOOIIIIII..........




Nasrul bila lagi nak update blog hang.

Dah lama aku tengok macam tu aje.

Takde kemajuan ke?

BLOG NASRUL

Jumaat, 4 September 2009

5 hari tak puasa

Semasa saya berada di dalam wad kerana virus AH1N1 saya tidak berpuasa selama tiga hari. Mak kata tidak boleh puasa kerana mahu makan ubat. Di rumah saya tidak berpuasa selama dua hari. Malang betul sebab saya berazam nak berpuasa penuh pada tahun ini.

Mak kata tak pelah asalkan Adil sihat.

Khamis, 3 September 2009

09.09.09 kakna balik kampung

Hari rabu sembilan haribulan sembilan 2009 kakna akan pulang ke kampung. Alhamdulillah semua ujian-ujian kakna telah habis. Kakna kata nak belikan Adil buku cerita dalam bahasa arab untuk Adil.

Adil harap kakna akan lulus semua kertas-kertas ujian. Kepada kakna jangan lupa beli buku untuk Adil.