Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2008

PESTA BUAH



Hari ini di sekolah saya ada pesta buah-buahan sempena hari
kemerdekaan. Semua murid dikehendaki membawa buah-buahan kecuali yang tidak ada buah.

Saya termasuk dalam ketegeri orang yang ada buah.


Saya hanya ada buah dokong. Saya membawa dokong hasil sulung dari dusun Walid saya.



Di dusun walid ada 300 pokok dokong, tapi baru 11 pokok mulai berbuah tahun ini. Kawan-kawan saya yang banyaknya membawa buah langsat dan rambutan. Tiada langsung yang membawa durian. Takut busuk kelas mungkin! Tetapi seorang saja kawan saya yang istimewa, iaitu Hakim. Dia membawa manggis.





Selasa, 13 November 2007

DAPAT NOMBOR DUA: ADIL DAPAT HADIAH DARI MAK!

Petang tadi sedang saya rihat-rihat tengok TV. Mak yang baru balik dari KK hulurkan saya satu bungkusan. Hadiah!!!!! Terkejut ria saya. Ingat kan Mak bagi Nintendo, rupanya mak bagi jeket.


Tengok smart tak saya pakai jeket tu. Warna hitam memang cantik. He he saya pakai apapun cantik. Memang saya berkulit hitam manis, pakai apapun kena.

Saya pakai sambil tengok television; pun cantik lagilah kalau pakai dalam kereta. Saya heran mak tahu saya suka warna biru tapi mak beli warna hitam. Rupanya yang ada pilihan hanya biru gelap, lebih baik warna hitam. Tapi tak apalah saya terima penuh syukur.


Walid nak bagi apa agaknya? Ni barang yang saya nak ni. Yang gambar bawah ni!



(Walid takkan buat tak nampak kot?)



ADIL DAPAT NOMBOR DUA

Hari ini Cikgu bagi Buku PKSR (Pelaporan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah). Buku ini memberitahu pencapaian Adil. Cikgu suruh sampaikan kepada Walid untuk dibaca dan tandatangan.


Cikgu laporkan Adil dapat nombor dua. Adil seronok sebab Adil ada peningkatan.



Tapi Adil juga rasa tak puas hati. Sebabnya pada awal tahun dulu Adil buat matlamat, Tahun 2007 "mendapat nombor satu dalam kelas" seperti lukisan Adil yang adil tampal dekat pintu di rumah. Lukisan di bawah ini.



Tapi tak apalah sebab Adil dapat 5 A dan 2 B. Adil tak dapat A dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Adil tahu sebabnya Adil banyak tak hadir sekolah, selalu sakit dan lain-lain.



Pada peperiksaan bulan Jun 2006 tahun satu Adil dapat nombor 15!



Lepas itu pada akhir tahun satu Adil dapat nombor enam. Adil dapat Hadiah Prestasi sebab naik banyak nombor.


Lepas itu pada tengah tahun dua Adil kekal nombor enam. Tak ada perubahan!


Adil pun belajar kuat sikit. Akhir tahun Adil dapat nombor dua. Kalau Adil belajar kuat sikit lagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Adil pasti dapat nombor satu.



Tahun depan Adil akan belajar kuat lagi. Matlamat tahun 2008 "mendapat nombor satu dalam kelas dan mendapat A dalam semua matapelajaran dengan markah 90 ke atas".


Walid sedang tandatangan menerima pelaporan Adil. Tak taulah apa hadiah walid nak bagi? Ataupun takada hadiah sebab tak dapat nombor satu!