Sabtu, 29 September 2007

LAGI LUKISAN ADIL

Ini gambar orang pergi pasar. Bila orang pergi pasar memang lah pakai pakaian warna-warni sebab nak cantik.


Waw tengok lukisan saya lagi. Waw warna-warni.
Cuba tengok betul-betul gambar orang silat, gambar jin lawan Hang Tuah. Tengok kuasa warna-warni. Bestnye gambar ni.


Isnin, 17 September 2007

BUKU YANG ADIL BACA 3: PAHLAWAN ISLAM 1.

Buku ini mengisahkan tiga orang sahabat Nabi, Zubair Al-Awwam , Matsna bin Harithah, Ashim bin Tsabit. Kisah mereka dipaparkan dlm bentuk komik.


Zubair Al-awwam adalah sepupu Rasulluhlah kerana ibunya adalah Safiah bt Abdul Mutalib. manakala ayahnya Awwam merupakan saudara kandung kepada isteri pertama baginda iaitu Siti Khadijah. Zubair memeluk islam dalam usia 15 tahun melalui syaidina Abu Bakar.




KAK QISTI PULAK MASUK HOSPITAL : Keracunan makanan atau Serangan Virus; Ni Jamali punya pasal lagi le ni!

Pada 16 hb Sept, Qisti muntah-muntah dan cirit. Walid bawa dia masuk Hospita Pakar Ipoh. Dr Dato Yeoh kata dia keracunan makanan. Ada kuman dalam darah dan dalam air kencing dia.

Hari tu saya dan walid pergi ke hospital menghantar mak teman Qisti kat hospital.

Ini gelang Pesakit Qisti yang kat tangan tu.




Saya tengok Qisti muka dia pucat je. Dr kata kurang air dalam badan. Dr masukkan air pakai drip. Ubat antibiotik pun pakai drip.


Ini ubat Qisti. Banyakyne ubat.


Mak nak angkat katil Qisti bagi tegak.


Ini gambar Qisti potong gelang pesakit selepas keluar dari hospital pada 18 hb Sept 2007.

Sabtu, 15 September 2007

ADIL DEMAM LAGI! (Alahan Kucing)

Hari Selasa 11 hb September sewaktu di sekolah, selepas PJ, adil pening dan demam.

Cikgu Hayati hantar Adil balik rumah.

Sebelah petang pukul 5.00 Mak bawa Adil ke Specialist Center Ipoh. Walid bawa kereta ke Ipoh servis aircon. Kami naik kereta Cikgu Rahimah. Mak bawa, Cikgu Rahimah pun ikut sama.

Di bahagian A&A dipanggil Dr Adeline, Dr David cuti. Suhu Adil tinggi. 37.9 darjah. Dr Adeline bagi ubat demam. Dia bagi panadol dan juga ubat demam yang boleh dimasukkan melalui dubur. Dia suruh balik rihat, jika demam lagi malam itu sampai esok datang balik ke hospital.

Malam itu demam lagi kuat. Pagi Esok hari Rabu pergi lagi. Doktor kata radang tonsil. Walid kata, "tonsilitis". Doktor bagi antibiotik. Namanya Augmentin.

Doktor bagi cuti 2 hari. Huu cuti lagi. Best juga.


Walid kata radang tonsil, ataupun hidung, mulut, rahang dan saluran pernafasan disebabkan alahan. Terutamanya alahan kepada kucing. Walid anti kucing. Dia marah kami suka main kucing. Saya ada seekor kucing. Namanya Jamali. Hari-hari saya dan Yin main dengan Jamali. Mungkin kerana itulah saya selalu demam. Alahan kucing!


Walid ambil satu petikan dari surat kabar dan tunjuk kepada kami. Dari New Sunday Times, 26 Ogos, mukasurat 41.

Dalam rencana bertajuk "Purring Your Breath Away", walid kata ada dinyatakan 15% manusia alah kepada kucing, Mereka mempunyai tindakbalas sensitif kepada sejenis protin yang dikeluarkan kucing melalui kulitnya.

Kata Walid, " Bahan allergen dari kucing adalah protin yang apabila tersentuh dengan kulit kita ataupun tersedut sewaktu bernafas akan menyebabkan reaksi alahan. Ini meransang badan kita untuk mengeluarkan histamine. Histamine akan menyebabkan berlakunya bengkak dan kesakitan kepada ruang pernafasan atas. Akibatnya kita akan demam dan juga menunjukkan gejala asthma."

Allergen kucing biasanya terdapat pada zarah-zarah kecil yang terapung diudara apabila terusik. Kemudiannya mudah tersedut melalui pernafasan kita.


Apabila mendengar penerangan Walid ini, rasa takut juga. Tapi saya juga sayang kucing saya, Jamali. Walid marah. Saya kena fikir baik-baik untuk kepentingan kesihatan saya.

Terima Kasih pada Walid bantu tulis post ini. Walid masukkan gambar dan betulkan ayat-ayat saya.

Top 10 ways to decrease your allergies to cats. Check here.

Demam Alergi. Baca disini.


BUKU YANG ADIL BACA 2: ALEXANDER GRAHAM BELL

Alexander Graham Bell ialah seorang saintis yang hebat dia mencipta telefon.


















Sebab itulah sekarang ada telefon dan semua orang menggunakannya.

Rabu, 5 September 2007

ANJING SIAPA NI?

Isnin, 3 September 2007

SELAMAT, SELAMAT, SELAMAT!!!


Adil ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kakmimi.

Adil ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada Kakyin.

Adil Ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Penggal CUCMS kepada Kakna.

Adil ucapkan Selamat Sembuh Segera dari Demam kepada Kakqisti.

Semoga Bahagia dan Berjaya kepada Kakak-kakak Adil.

Ahad, 2 September 2007

ADIL BELI KASUT BARU!





Semalam saya dengan Mak dan Walid pergi ke Jusco di Ipoh. Walid belikan saya kasut baru.



Kasut itu serbaguna. Boleh pakai untuk berlari, untuk main bola, untuk berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, ke Johor; ke London pun boleh!

Kasut ni memang keras dan cantik. Ada belang-belang. Belang kuning, putih dan hijau.

Mula-mula Walid pilihkan kasut warna biru. Saya tak suka. Macam kasut perempuan.


Saya nak kasut warna putih belang biru. Lepas tu terfikir pula nanti mudah kotor.





Akhirnya beli kasut ni.


Yang tak besnya, ada tali. Bukan tak suka, tapi saya tak pandai ikat tali kasut.

Wow bawah tapak ada bintang warna putih.
Tu yang uniknya tu.

Kasut ini buatan Negara Cina. Sekarang ni barang Cina dah bagus. Kira OK lah.

Saya sayang kasut ini. Saya akan jaga baik-baik.





Special: Cara ikat tali kasut: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O.
Cubalah pandu try. !

BUKU YANG ADIL BACA 1: ALBERT EINSTEIN

Hari tu walid belikan saya sebuah buku bertajuk Albert Einstein. Walid kata itu buku ahli sains dunia.

Saya suka baca buku tentang sejarah hidup orang-orang pandai dan berjaya.

Saya baca buku ini habis tak sampai satu hari. Tebalnya 32 halaman.

Einstein telah menemukan Teori Khusus Relativiti.
Teori ini menunjukkan masa adalah relatif. Dia telah membuat persamaan E=mc2 .Saya tak faham.



Tapi buku ini mengatakan teori inilah menjadi asas terciptanya bom atom, mata elektrik, wayang gambar, televisyen dan banyak lagi.

Itulah jasa Einstein. Dia dianugerahkan Hadiah Nobel.