Ahad, 2 September 2007

ADIL BELI KASUT BARU!





Semalam saya dengan Mak dan Walid pergi ke Jusco di Ipoh. Walid belikan saya kasut baru.



Kasut itu serbaguna. Boleh pakai untuk berlari, untuk main bola, untuk berjalan-jalan ke Kuala Lumpur, ke Johor; ke London pun boleh!

Kasut ni memang keras dan cantik. Ada belang-belang. Belang kuning, putih dan hijau.

Mula-mula Walid pilihkan kasut warna biru. Saya tak suka. Macam kasut perempuan.


Saya nak kasut warna putih belang biru. Lepas tu terfikir pula nanti mudah kotor.





Akhirnya beli kasut ni.


Yang tak besnya, ada tali. Bukan tak suka, tapi saya tak pandai ikat tali kasut.

Wow bawah tapak ada bintang warna putih.
Tu yang uniknya tu.

Kasut ini buatan Negara Cina. Sekarang ni barang Cina dah bagus. Kira OK lah.

Saya sayang kasut ini. Saya akan jaga baik-baik.





Special: Cara ikat tali kasut: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O.
Cubalah pandu try. !

1 comments:

SYUKRINA ZAINI berkata...

bagusnya!!! senang sikit bagi yang tak reti ikat tali kasut.boleh buat rujukan.