Hari ini , UNICEF- Tabung Kanak-Kanak Sedunia, mengisytiharkan sebagai Hari Membasuh Tangan Sedunia.
Walid kata:
“Membasuh Tangan dengan sabun hanya mengambil
masa 20 saat!
sahaja”
menulurusi cahaya pagi hidupku
Hari ini , UNICEF- Tabung Kanak-Kanak Sedunia, mengisytiharkan sebagai Hari Membasuh Tangan Sedunia.
Walid kata:
“Membasuh Tangan dengan sabun hanya mengambil
masa 20 saat!
sahaja”
Posted by adil at 3:19:00 PTG 1 comments
Labels: pelajaran
Seperti saya janji hari tu, saya nak cerita pasal persembahan dekat rumah pah hari tu. Ada dua kumpulan Muslim boys kumpulanbudak lelaki termasuk saya. Lagi satu kumpulan Soleha kumpulan budak perempuan.
Kumpulan Muslim boys lagu Balik kampung, rasullullah, sebelum cahaya. Lagu kumpulan Soleha saya tak tahu.Tapi kumpulan Muslim boys kalah. Lepas tu kami buat pertandingan
mengaji Al-Quran.
Semua orangdatang. Ohh.... lupa pulak pasal mengaji saya dapat nombor dua baca surah izaja saya pun tak ingat nama surah tu.
Posted by adil at 11:34:00 PG 2 comments
- Hari ini mula-mula sekali saya minta maaf dekat Mak dan Walid.
- Lepas tu kami semua pergi rumah Pah di Kuak. Saya tak sempat sembahyang raya. Dah la bangun lambat, Kakak-kakak lambat benar pekena baju raya dan mekap. Walid dah cakap tak dan, tapi mak kata dan. Saya pun tak tahu, tapi walid cakap yang betul.
- Lepas tu saya tengok Nasrul, Idin, Taufik semua takada. Semua pergi sembahyang raya. Tapi jumpa juga mereka. Lepas tu saya Nasrul, Idin, Salam, Zakwan dengan Mat pergi beraya dekat kampung Danglang dan kampung Lata Papan.
- Dapat banyak duit raya. Dapat RM 92.00. Tapi ada juga rumah yang bagi lima puluh sen aje, tapi takpa, Alhamdulillah. Lepas tu kami balik dekat rumah pah.
- Malamnya kami buat tahlil kat rumah Pah. Pakngah Anas jadi ketua.
- Lepas makan kami kumpulan anak-anak buat persembahan. Bab ni lain kali saya cerita!
Posted by adil at 8:40:00 PTG 0 comments
Posted by adil at 1:20:00 PTG 0 comments