Hari ini Cikgu bagi Buku PKSR (Pelaporan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah). Buku ini memberitahu pencapaian Adil. Cikgu suruh sampaikan kepada Walid untuk dibaca dan tandatangan.
Cikgu laporkan Adil dapat nombor dua. Adil seronok sebab Adil ada peningkatan.
Tapi Adil juga rasa tak puas hati. Sebabnya pada awal tahun dulu Adil buat matlamat, Tahun 2007 "mendapat nombor satu dalam kelas" seperti lukisan Adil yang adil tampal dekat pintu di rumah. Lukisan di bawah ini.
Tapi tak apalah sebab Adil dapat 5 A dan 2 B. Adil tak dapat A dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Adil tahu sebabnya Adil banyak tak hadir sekolah, selalu sakit dan lain-lain.
Pada peperiksaan bulan Jun 2006 tahun satu Adil dapat nombor 15!
Lepas itu pada akhir tahun satu Adil dapat nombor enam. Adil dapat Hadiah Prestasi sebab naik banyak nombor.
Lepas itu pada tengah tahun dua Adil kekal nombor enam. Tak ada perubahan!
Adil pun belajar kuat sikit. Akhir tahun Adil dapat nombor dua. Kalau Adil belajar kuat sikit lagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Adil pasti dapat nombor satu.
Tahun depan Adil akan belajar kuat lagi. Matlamat tahun 2008 "mendapat nombor satu dalam kelas dan mendapat A dalam semua matapelajaran dengan markah 90 ke atas".
Walid sedang tandatangan menerima pelaporan Adil. Tak taulah apa hadiah walid nak bagi? Ataupun takada hadiah sebab tak dapat nombor satu!
CERITA-CERITA REKAAN SAYA
Selasa, 13 November 2007
ADIL DAPAT NOMBOR DUA
Posted by adil at 1:53:00 PG 0 comments
Labels: pelajaran, Pengalaman Adil, sekolah
Sabtu, 10 November 2007
WALID KENA SAKIT GERD!
Subuh pagi kelmarin Mak bawa Walid ke Specialist Hospital Ipoh. Mak risau takut Walid sakit jantung. Dr Zakaria periksa Walid. Dr kata walid sakit G*E*R*D.
NAK TAHU APA ITU GERD?
Jika anda selalu:
(Gastro Esophageal Reflux Disease)
(Jangan buat derk pada GERD!)
Tengok dia pakai topi Olimpik Beijing 2008!
Posted by adil at 4:50:00 PG 4 comments
Labels: Keluarga, Pengalaman Adil, sains
Rabu, 7 November 2007
KAMPUNG DATUK DAN NENEK SAYA
pada cuti yang lalu saya balik ke kampung mak saya. kampung mak saya di sungai besar. Di sana saya lihat banyak parit dan sawah.
Mak cakap ini sawah nenek saya. Cantik jugakkan/ tapi kecil cuma sekeping.
Ha... hansome tak saya.
Posted by adil at 8:21:00 PG 0 comments
Sabtu, 3 November 2007
SINGGAH DI MELAKA, JAMBATAN MUAR, PONTIAN & "HUJUNG PALING SELATAN BENUA ASIA."
Posted by adil at 2:07:00 PG 0 comments
Khamis, 18 Oktober 2007
PERGI IPOH BAIKI KERETA BALIK JALAN KAKI (Naik Bas Le!)

Selepas balik kampung pada Hari raya kedua, (Kampung Mak di Sungai Besar, Selangor ), kereta ada semacam bunyi pelik kat bawah perut. Walid kata mungkin ball bering ke, bush (macam presiden amareka) ke atau absober ke. Apalah saya pun tak berapa tahu.
Lepas tu kami pergi ke Chin Car Center, Ipoh. Walid selalu servis kereta kat sini. Mereka ejen servis KIA. Lepas tu mereka angkat kereta kami untuk kenal pasti apa masalah.
Mereka kata tiga jam baru boleh siap, masa tunggu saya tertidur. Sementara itu Kakna, Qisti dan Mimi pergi Kinta City.Selepas terjaga dari tidur Walid kata, kereta tak boleh siap sebab kena tukar absober dan apakebenda lain. Kami pun naik teksi ke kinta City, makan-makan dan belibelah halwamata (window shopping, walid kata).
Kami kena lah balik naik bas. Seronok pulak sekalisekala naik bas. Mula-mula naik bas Reliance, Ipoh ke Kuala Kangsar. Masa tunggu bas di stesen Ipoh saya baca buku cerita. Qisti pun baca juga.
Ini dia tiket bas kami. 5 dewasa, 1 kanak-kanak.
Sesampai di stesen bas Kuala-Kangsar, hari dah lewat senja. Bas Red & Yellow ke Lenggong pukul 9.30 baru bertolak. Kami rasa lapar. Mujur saya ternampak gerai laksa. Kami pun makan. Laksa kuale! Kami semua minum air cendol, kecuali mimi; dia minum ABC bandung. Tengok, mangkuk kami putih, gelas dia merah jambu!
Oh, sedapnya. Laksa dan cendol Kuale. ( Ke sedap sebab perut lapar).
Lupa pulak nak cerita nama gerai ni. Namanya 'Laksa Halim'.
Sedap betul kakna makan laksa. Kakna memang hantu laksa, pantang jumpa laksa!
Jam 9.30 kami naik bas Lenggong. Sampai rumah jam 10.05. Saya bergambar dengan kak mimi atas bas R&Y.
Itulah cerita, pergi Ipoh naik kereta. Balik naik bas!
Posted by adil at 10:01:00 PG 2 comments



