Ahad, 25 November 2007

KETUAT DAN ORANG POKOK. (Adil laserkan ketuat takut jadi macam orang pokok)

Dari wikipedia:

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki.

Sedar-sedar ada benda tumbuh pada pergelangan tangan aku. Aku takut. Ajak mak pergi klinik pakar kulit.

Klinik pakar Henry Foong di Ipoh. Doktor Kata kena buang sebelum berjangkit dan bertambah banyak atau besar. Buang dengan cara dibakar dengan Laser. Aku ingat tak sakit. Rupa-rupanya sakit....!

Kena balut satu hari. Lepas tu baru buka.


Itu bekas parutnya.

Kenapa aku sungguh-sungguh nak buang ketuat tu?


Baca cerita di bawah ni tentang "orang pokok".


Tengok apa dah jadi dengan tangan dia.


"Orang Pokok"

BUKU YANG ADIL BACA 8: Pendekar Merah Budiman

Pendekar merah budiman yang mengisahkan tentang dua orang sahabat baik yang akhirnya menjadi musuh.

Rabu, 21 November 2007

HADIAH

HADIAH YANG SEKOLAH BAGI

Selepas menghadiri majlis hari anugerah saya membuka hadiah yang saya dapat. Rupa-rupanya satu set alatulis. Ingatkan dapat sekotak pensel warna.



Di bawah ni hadiah yang saya dapat dengan jelas. Satu set alatulis Faber-Castell. Ada pensel, pen, pemadam, pembaris, pengasah dan pensel warna. Bagus la jugak buka sekolah tahun depan tak payah beli baru.



Ini pula hadiah yang kakak saya dapat. Satu fail mengandungi set alatulis.





HADIAH YANG WALID BAGI

Di bawah ini dua buah buku yang Walid bagi.

Satu kerana dapat terbaik Bahasa Malaysia dan Matematik.



Satu lagi kerana dapat nombor dua.


HADIAH BUKU

Walid kata zaman dulu sekolah bagi hadiah buku kepada pelajar berjaya. Buku dapat memupuk minat membaca dan mencari ilmu. Buku juga tahan lama dan boleh jadi kenang-kenangan sampai tua. Sebab itu walid bagi saya buku.

Kemudian walid tunjuk dua dari berpuluh buku yang dia dapat sebagai hadiah.

Yang ini buku "100 Great Lives" hadiah kerana dapat Nombor Satu semasa Form One di Government English School Lenggong pada tahun 1963.




Yang ini pula buku "A History of Southeast Asia" kerana dapat Nombor Satu semasa Form Four di MCKK tahun 1966.





HARI ANUGERAH 2007

Gambar-gambar Hari Anugerah.



En Amir Musa, Guru Besar



Tuan Hj Ibrahim, YB Dato Hj Saarani, Pengerusi PIBG, En Azahari Wakil PPD.



Cikgu Norhayati, guru kelas saya.

Saya terima hadiah daripada Sarjan Azlan.




Kak Yin terima hadiah dari YB Hj Saarani.

Khamis, 15 November 2007

Walid Belanja Makan Pizza Sebab Yin Dapat 5 A.


Selepas hari anugerah saya dan keluarga pergi makan pizza. Sebab Yin dapat 5 A. Walid belanja.
Mexican Fiesta nama pizza tu, sedap sangat sampai menjilat jari.


Habis semua orang makan.




Walid dan Qisti je yang makan sos ni walid dan Qisti kata sedap tapi tak sedap pun.

TAHNIAH !!!! KAKAK ADIL DAPAT LIMA A.

Hari ini keputusan UPSR. Kakak saya, kak Yin dapat 5A. Saya ucap tahniah pada dia. Saya harap dan doa dia dapat masuk SSP Cyberjaya.


Kak Yin ( Syukrina Zaini )

Saya pun nak belajar sungguh-sungguh nak dapat 5A dalam UPSR 2011. Bila saya dapat 5A saya nak masuk MCKK.


Adil Zaini


Selasa, 13 November 2007

DAPAT NOMBOR DUA: ADIL DAPAT HADIAH DARI MAK!

Petang tadi sedang saya rihat-rihat tengok TV. Mak yang baru balik dari KK hulurkan saya satu bungkusan. Hadiah!!!!! Terkejut ria saya. Ingat kan Mak bagi Nintendo, rupanya mak bagi jeket.


Tengok smart tak saya pakai jeket tu. Warna hitam memang cantik. He he saya pakai apapun cantik. Memang saya berkulit hitam manis, pakai apapun kena.

Saya pakai sambil tengok television; pun cantik lagilah kalau pakai dalam kereta. Saya heran mak tahu saya suka warna biru tapi mak beli warna hitam. Rupanya yang ada pilihan hanya biru gelap, lebih baik warna hitam. Tapi tak apalah saya terima penuh syukur.


Walid nak bagi apa agaknya? Ni barang yang saya nak ni. Yang gambar bawah ni!



(Walid takkan buat tak nampak kot?)