Pagi tadi sebelum ambil Yin, saya beli buku "Pokemon" dekat kedai di Lenggong. Nama kedai tu Han Sen shop.
Buku tu tulisannya dalam bahasa Inggeris.
Saya reti baca sikit sikit aje.
Harga buku tu tujuh ringgit saje.
Saya suka buku tu walaupun dalam bahasa Inggeris.
CERITA-CERITA REKAAN SAYA
Ahad, 26 April 2009
Pokemon The Mystery of Mew.
Posted by adil at 7:56:00 PTG 0 comments
Terlekat tulang.
Hari selasa lepas saya makan dekat kedai Sajian Budiman. Saya makan ayam dengan ikan. Baru makan separuh saya terlekat tulang di kerongkong. Lepas tu saya bagi tahu mak, mak pun bawa pergi klinik Lenggong.
Doktor tekan perut saya muntah tapi tulang tu tak keluar juga. Lepas tu mak ajak saya pergi hospital pakar di Ipoh. Mula mula pergi bahgian emergensi tapi dia suruh pergi klinik dekat tingkat dua. Pakar ENT, Telinga, hidung dan Kerongkong.
Dia tanya saya sakit dekat belah mana, saya cakap dekat belah kiri sakit. Doktor tu cek tengok memang ada tulang ikan. Doktor cakap dia nak ambil tulang ikan tu guna camera dan penyepit. Sebelumnya dia sembur dalam mulut saya ubat kebas. Lupa pulak nama doktor tu, iaitu Dr Yeoh Tham
long.
Posted by adil at 6:35:00 PTG 0 comments
Khamis, 23 April 2009
Sakit perut.
Hari ini saya tak pergi sekolah sebab sakit perut. Dari semalam lagi sakit perut..
Tak taulah kenapa. Rasanya sebab makan nasi lemak dekat sekolah hari Selasa.
Bukan saje sakit perut, pening dan sakit kepala.
Lepastu dekat sekolah ada makan mee. Walid cakap jangan amalkan sebab dalam mee ada ubat
Posted by adil at 6:09:00 PTG 0 comments
Sabtu, 21 Februari 2009
FON
Ni nak cerita pasal orang dapat fon pulak.

Sebenarnya lama sebelum Yin dapat kamera, Qisti dan Mimi dapat fon.
Qisti dapat Nokia macam Mak. Mimi dapat Sony-Ericson macam Walid dan Kakna.
Mula-mula Fon Kakna yang paling canggih sekali. Lepas tu fon dia hilang kat Alexandria Mesir. Sekarang fon dia paling koman sekali.
Ni gambar fon Qisti.

Adil je yang tak dapat hadiah ape.......!
..
Posted by adil at 9:59:00 PTG 1 comments
Jumaat, 20 Februari 2009
Khamis, 19 Februari 2009
Restoran Abang Hakim
Abang pupu saya, Abang Hakium Anas, baru buka restoran di Taman Sepakat Indah II Sungai Chua Kajang.
Nama restoran tu Restoran Ikhlas

Ada makanan Mamak, makanan Melayu, makanan Thai dan makanan Arab.

Tukang masak dia dari Thailand, India, Myanmar dan Yaman.

..
Posted by adil at 11:02:00 PTG 1 comments
Selamat tahun baru.
Selamat tahun baru pada semua pembaca maaf la dah lambat baru tulis. Tahun ni saya banyak tak datang sekolah sebab sakit perut. Ni saya nak cerita sikit pasal tahun baru,aa......Tahun Baru ialah peristiwa yang diadakan apabila sesuatu budaya meraikan berakhirnya satu tahun dan bermulanya tahun berikutnya. Budaya-budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru
Posted by adil at 3:25:00 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)











