Ahad, 28 Jun 2009

Pergi ke Agro fast di Sungai Siput

Hari ni saya ,walid,mak dan Qisti pergi ke Agrofest di Sungai Siput.

Bila dah sampai dekat sana mula-mula sekali kami pergi beli dekat tempat orang jual bunga, saya suka pokok limau madu sebab tu saya sponsor pokok tu. Walaupun harga murah, tapi pokok tu lambat berbuah.

Pokok limau madu tu dia berbuah dalam masa satu tahun.

Lepas pergi beli pokok limau madu mak pergi beli pokok sirih pula. Mak cakap pokok sirih banyak gunanya, contohnya kalau keadaan terlalu panas pokok sirih boleh memberhentikan darah mengalir dari hidung.

Kali ni giliran walid pula yang cari barang, walid pergi ke kedai yang depan kedai bunga tu, kedai tu ada menjual keris dan pelbagai hiasan senjata yang lain. Walid tanya dekat penjual tu ada tak menjual pisau ali ayam, baru kali ni saya dengar nama pisau macam tu.

Orang tu cakap pisau tu tak boleh jual sebab sebahagian daripada senjata, walid cakap kalau orang tu nak jual walid nak la beli la satu.

0 comments: